Monday 29 July 2013

Bayang Kiamat Menutupi Kaabah



Bila Al-Sa'ah telah membentang bayangnya..
Al-Sa'ah (السَّاعَةِ) ialah salah satu pengertian hari kiamat...

وَلِلَّـهِ غَيْبُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ وَمَا أَمْرُ السَّاعَةِ إِلَّا كَلَمْحِ الْبَصَرِ أَوْ هُوَ أَقْرَبُ ۚإِنَّ اللَّـهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ﴿٧٧

Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui segala rahsia langit dan bumi; tiadalah hal kedatangan hari kiamat itu melainkan seperti sekelip mata, atau ia lebih cepat lagi; sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (16:77)

Al-Sa'ah juga bermaksud jam..
bermaksud Menara Jam Mekah dalam bahasa arab di panggil برج الساعة في الكعبة ..sila copy paste dan google lihat hasilnya..
Oleh itu Sheikh menafsirkan secara langsung saat kiamat yang hampir juga apabila BAYANG MENARA JAM menutupi Kaabah!

Seperti yang telah disiarkan juga dalam tulisan ini;
http://petunjukzaman.blogspot.com/2012/10/dekatnya-kiamat-masa-pembangunan.html

Sunday 28 July 2013

Plot Najd Cuba Bunuh Morsi Terbongkar


حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى قَالَ حَدَّثَنَا حُسَيْنُ بْنُ الْحَسَنِ قَالَ حَدَّثَنَا ابْنُ عَوْنٍ عَنْ نَافِعٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ قَالَ اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي شَامِنَا وَفِي يَمَنِنَا قَالَ قَالُوا وَفِي نَجْدِنَا قَالَ قَالَ اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي شَامِنَا وَفِي يَمَنِنَا قَالَ قَالُوا وَفِي نَجْدِنَا قَالَ قَالَ هُنَاكَ الزَّلَازِلُ وَالْفِتَنُ وَبِهَا يَطْلُعُ قَرْنُ الشَّيْطَانِ

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al Mutsanna yang berkata telah menceritakan kepada kami Husain bin Hasan yang berkata telah menceritakan kepada kami Ibnu ‘Aun dari Nafi’ dari Ibnu Umar yang berkata [Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam] bersabda “Ya Allah berilah keberkatan kepada kami, pada Syam kami dan pada Yaman kami”. Para sahabat berkata “dan juga Najd kami?”. Beliau bersabda “disana muncul kegoncangan dan fitnah, dan disanalah muncul tanduk setan” [Shahih Bukhari 2/33 no 1037]
http://library.islamweb.net/hadith/display_hbook.php?bk_no=146&hid=984&pid=98997

Pusat Tipudaya Najd
Sebahagian transaksi sebanyak USD 1 Bilion dari Riyadh kepada El-Sisi
Rencana ini memaparkan rancangan menjatuhkan Morsi dilakukan secara terancang bermula dari peringkat awal pengunduran Mubarak lagi. Perancangan ini dilakukan secara menyeluruh dan dilakukan oleh rangkaian perisikan Saudi dan UAE. Berbanggalah Saudi ketika ini melihat darah umat Islam sedang membasahi bumi Mesir hanya kerana mereka mahukan NUR Islam menyinari Mesir. Boleh dikatakan setiap musibah menimpa umat Islam di rantau tersebut terdapat sumbangan yang besar dilakukan oleh Saudi. 

Pada 22 April 2011, Putera mahkota Mohammed bin Zayed telah membawa ketua perisikan dan keselamatannya bertemu dengan Raja Abdullah Arab Saudi bagi membincangkan kesan yang mengancam mereka akibat kebangkitan arab. Bin Zayed memberi amaran melainkan negara Kesatuan Negara-Negara Teluk (GCC) merangka polisi yang proaktif bagi membendung gelombang kebangkitan arab diseluruh arab pada ketika itu, kalau yidak dilakukan sesuatu semua kerajaan beraja arab akan jatuh. Tiga minggu kemudian dalam satu sidang kemuncak di Riyadh dia menyampaikan seruan yang sama terhadap ketua-ketua kerajaan negara GCC. Hanya Qatar mempunyai pandangan berbeza tetapi semua lima negara lain bersetuju. Bin Zayed dan Putera Bandar bin Sultan, ketua perisikan Saudi, menjalankan tugas untuk merangka rancangan yang berkesan bagi menghadapi fenomena Arab Spring dalam wilayah tersebut. Seterusnya Raja Abdullah mendapatkan persetujuan Raja Abdullah II untuk bersama-sama menjayakan rancangan tersebut manakala Qatar telah dikeluarkan dari kumpulan tersebut. 

Selama berdekad, UAE amat rapat dengan Mubarak dan juga kroninya. Sudah berbilion dolar hasil negara yang di songlap dimasukkan kedalam bank-bank di Abu Dhabi dan Dubai. Selepas kejatuhan Mubarak, ramai pegawai keselamatan dan ahli perniagaan yang korup secara diam-diam meninggalkan Mesir dan berpindah ke UAE. Bila Perdana Menteri terakhir Mubarak, Ahmad Shafiq kalah dalam pilihanraya presiden pada June 2012, dia juga melarikan diri ke UAE. Pada penghujung 2012, semakin jelas UAE menjadi tempat perancangan rangkaian bagi menggulingkan Morsi dan Ikhwan. 

Selang beberapa minggu selepas pembentukan kerajaan baru, penyokong-penyokong Shafiq dan jurucakap partinya Mohammad Abu Hamid, mengumumkan pada 21 August 2012 tentang senarai 15 tuntutan sebagai matlamat untuk menjatuhkan " Kerajaan Ikhwan". Dia memberi amaran tentang "Ikhwanisation" terhadap negara, iaitu perlantikan anggota ikhwan memegang jawatan penting negara, menyalahkan mereka atas kelemahan menyediakan keperluan asas terhadap rakyat. Abu Hamid seterusnya menyeru diadakan bantahan besar-besaran di Dataran Tahrir dengan tuduhan Morsi tamak kuasa, kuasa diktator, dan mencampuri badan kehakiman, lama sebelum presiden melakukan pindaan perlembagaan yang tidak dapat dilaksanakan tiga bulan kemudian. Dia juga menuntut pengharaman Ikhwan dan parti politik naungannya, menuntut penangkapan pemimpinnya yang dituduh khianat. Semua tuntutannya itu kemudiannya menjadi isu yang dibawa oleh semua parti pembangkang dan media-media yang anti-Morsi. 

Walaupun Morsi memegang kuasa dalam negara dan berjaya membersarakan kebanyakan general-general yang berpangkat tinggi pada awal Ogos, tetapi bidang kuasanya masih sedikit. Beliau tidak dapat menyingkirkan semua pengaruh Mubarak yang telah berakar umbi dalam pusat kekuasaannya, seperti pasukan tentera, pasukan perisik, badan-badan keselamatan dan juga pihak polis. Beliau diperdayakan bahawa mereka boleh bekerjasama dan boleh diberikan kepercayaan. Padahal badan-badan ini bersama dengan badan kehakiman, media-media sekular awam dan swasta, kebanyakan birokrasi hanya untuk kepentingan "golongan tertentu", adalah jaringan rangkaian korupsi yang telah wujud sejak berdekad lalu dan diberikan hak istimewa tertanam didalam segenap institusi negara. 

Saki-baki rejim Mubarak dan ahli perniagaan yang korup telah bergabung dan menyelinap dalam segenap badan tersebut. Manakala parti sekular yang telah berserakan telah bergabung buat pertama kali dan membentuk pergerakan yang dinamakan National Salvation Front (NSF) selepas Morsi mengumumkan perlembagaan baru pada hujung November. Gabungan itu disetai oleh hampir kesemua calun presiden yang tewas dan beberapa parti sekular. Gabungan tersebut jika dikira jumlah undi dalam pilihanraya parlimen memperolehi tidak lebih dari 25% undi sahaja. Ketuanya termasuklah Amr Moussa, Hamdein Sabbahi, Elsayed AlBadawi, Mohammad Abul Ghar, dan billionaire Naquib Sawiris. Gabungan NSF telah memilih bekas ketua IAEA, Mohammed ElBaradei sebagai jurucakapnya. 

Saudi Rancang pembunuhan Morsi 

Pada November 2012, Putera Bandar telah membentangkan dua rancangan terperinci kepada Amerika melalui CIA. Plan A ialah rancangan segera untuk menjatuhkan Morsi dalam awal Desember manakala Plan B merupakan rancangan jangka panjang yang melibatkan dua peringkat. Peringkat pertama ia menjalankan beberapa siri tunjuk perasaan bantahan yang akan mendorong penyingkiran Morsi, manakala peringkat kedua ialah menyatukan semua parti pembangkang bagi membentuk satu gabungan bagi menewaskan Ikhwan jika rancangan peringkat pertama gagal. CIA yang telah dimaklumi sepenuhnya tentang rancangan ini tidak menyatakan samada untuk menyokong atau membantah kerana dasar pentadbiran Obama yang bersikap talam dua muka, juga sedang mengadakan rundingan dengan kerajaan Morsi. 

Rancangan untuk menggulingkan Ikhwan dibuat supaya pembunuhan Morsi dilakukan di kediamannya pada 5 Disember lalu. Walau bagaimanapun ia didedahkan oleh pengawal presiden peringkat pertengahan yang setia dalam beberapa jam saja ia hendak dilaksanakan. Dengan bantuan Ikhwan, Morsi berjaya menggagalkan rancangan tersebut, walaupun begitu beliau enggan mendedahkannya kepada umum atau berbincang mengenainya. 

Pada Mac 2013, ketua NSF telah bertemu dengan Shafiq dan Bin Zayed di UAE. Mereka semua telah bersetuju bahawa satu-satunya cara untuk menyingkirkan Morsi dan Ikhwan dari tampuk kekuasaan ialah dengan menggangu pemerintahannnya dan menggugat kestabilan dalaman negara dan mempengaruhi kuasa barat, terutamanya US, UK, Perancis dan Jerman, untuk menyokong rampasan kuasa oleh tentera. Mengikut lapuran WSJ, beberapa pertemuan telah diadakan di Pengkalan Tentera Laut melibatkan pemimpin kanan tentera dan semua tali barut Mubarak. 

Rancangan semakin rancak 

Semasa pihak pembangkang berbelah-bagi untuk menyertai pilihanraya parlimen yang akan diadakan, Ikhwan dan pakatan parti-parti Islam yang bersamanya sedang bersiap-sedia menghadapai pertandingan yang akan diadakan. Manakala itu banyak kumpulan belia dan revolusi , yang memulakan kebangkitan 2011 sangat kecewa dengan keadaan politik semasa, kerajaan yang tidak memenuhi tuntutan mereka dan parti pembangkang yang tidak berkesan. Secara tiba-tiba muncul satu gerakan belia yang baru pada hujung April 2013. Gerakan yang tidak mempunyai pemimpin yang jelas itu menggelarkan gerakan mereka Tamarrud atau Pemberontak. Mereka menyatakan tujuan mereka ialah untuk mendapatkan tandatangan sebanyak 15juta dari rakyat, iaitu lebih sejuta dari undi yang diterima oleh Morsi dalam pilihanraya presiden bagi menuntut diadakan pilihanraya presiden lebih awal. 

Kumpulan pembangkang dengan serta-merta bersekongkol dengan Tamarrud dan menjanjikan bantuan bagi mencapai matlamat mereka. Ahli perniagaan billionaire dan penentang kuat Ikhwan, Sawiris mendakwa pada awal Julai bahawa dia telah menghabiskan berjuta-juta dolar dalam bentuk propaganda dan sokongan terhadap kumpulan tersebut. Tambahan pula bantuan sepenuhnya dari segi kemudahan dan kelengkapan diberikan oleh NDP, bekas parti politik Mubarak. Kebanyakan juga bekas-bekas pegawainya mengetuai usaha menyediaka sumber kelengkapan dalam mendapatkan tandatangan di seluruh Mesir. Manakala rangkaian media swasta menjalankan kempen fitnah melampau terhadap Morsi dan Ikhwan. Selama beberapa bulan, lebih dari sedozen rangkaian satelit menumpukan usaha memperlekehkan Morsi dan kumpulannya. Mereka dipersalahkan untuk setiap jenayah yang berlaku dan setiap masalah yang dihadapi oleh negara tersebut. Masa itu walaupun dalam media awam sepatutnya berkecuali telah turut serta melancarkan propaganda tersebut. Stesen rangkaian satelit yang di biayai oleh Saudi, berpejabat di UAE, al-Arabiyya yang turut menjalankan kempen propaganda tersebut dengan giatnya mempromosikan segala kegiatan Tamarrud dan menampilkan golongan penentang. Terjadi satu ketika ketika seorang tetamu terkenal dengan secara tidak sengaja dirakamkan ketika memegang kertas dengan jawapan disediakan ketika dia sedang menemuramah jurucakap Tamarrud. 

Tetapi Ikhwan bukan saja tidak cukup sedia menghadapi perang propoganda ini, tetapi ia juga memandang ringan terhadap ancaman tersebut. Walaupun apabila pakatan parti Islamnya telah memberi amaran terhadap pimpinan Ikhwan kemungkinan besar berlakunya rampasan kuasa seminggu sebelum Morsi digulingkan, tetapi diketepikan dengan jawapan berikut," Mereka (pembangkang) sebelum ini telah mengadakan 25 kali tunjuk perasaan, dan yang kali ini menjadi yang ke 26." 

Terdapat dua faktor utama kenapa Morsi dan ikhwan tidak bimbang tentang tunjuk perasaan yang akan dijalankan. Pertamanya, ketua tentera Gen. Abdel Fattah Sisi beberapa kali memberi jaminan kepada Morsi bahawa tentera tidak akan menggulingkan kerajaan dan akan tetap berpegang kepada proses demokratik. Walaupun pada masa Sisi mengeluarkan kenyataan mendesak diadakan kompromi seminggu sebelum tarikh malang 30 Jun, dia beritahu presiden supaya jangan bimbang dan dia terpaksa mengeluarkan amaran tersebut hanya untuk mengabui beberapa general tentera sahaja. Faktor yang kedua ialah Morsi dan Ikhwan beberapa kali diberi jaminan oleh duta US Anne Patterson bahawa US tidak akan menyokong sebarang usaha pihak tentera untuk menggulingkan presiden yang dipilih secara demokrasi. 

Tipudaya 

Menjelang pertengahan Jun, gerak kerja mereka telah berjalan sepenuhnya.Mereka menggerakkan professor dan ahli akademik terkenal daripada pihak penentang Waheed Abdelmagid dan Hassan Naf'ah, begitu juga professor undang-undang seperti Noor Farahat dan Husam Issa, mereka mendesak di seluruh rangkaian television bagi diadakan pilihanraya presiden yang awal, mencanangkan merupakan satu cara yang diterima dalam sistem demokrasi dan juga telah dilakukan dibeberapa negara termasuklah US semasa presiden Nixon meletak jawatan. Tetapi mereka menampak ketidak jujuran apabila tidak menjelaskan fakta sebenar dalam contoh yang mereka bawa, seperti Nixon yang meletak jawatan ketika dipanggil untuk membela didi dihadapan kongress. Digantikan oleh timbalannya, Gerald Ford sebagai presiden, tanpa pilihanraya yang awal. 

Tidak dapat bertahan lagi: terputusnya bekalan elektrik dan kekurangan bahan api 

Sepanjang bulan Jun serangan bertali arus oleh media terhadap kerajaan Morsi bukan sahaja sentiasa menyalahkannya atas masalah yang dihadapi oleh masyarakat Mesir, tetapi menumpukan terhadap tiga masalah yang sengaja diadakan; masalah tahap keselamatan semakin lemah, kerap terputus bekalan kuasa yang memakan masa berjam-jam bukan sahaja menjejaskan penduduk tetapi juga kawasan industri, dan begitu juga kekurangan bekalan minyak, menyebabkan barisan yang panjang di setiap stesen minyak. 

Mesir mempunyai 2480 stesen minyak, sebanyak 400 buah dikendalikan oleh kerajaan. Dan selebihnya 2000 stesen di miliki swasta oleh ahli perniagaan yang diberikan lesen ketika era Mubarak kerana mereka sangat rapat dengan rejim itu dan sangat setia. Kerajaan Morsi telah memastikan setiap stesen menerima bahagian masing-masing dan tiada alasan keputusan bekalan. Bahkan, beberapa hari sebelum digulingkan Morsi telah memberi amaran kepada stesen-stesen minyak akan membatalkan lesen mereka jika mereka enggan membekalkan minyak kepada pelanggan. Khalid Al-Shami seorang aktivis belia yang telah bersama penentang hinggalah semasa rampasan kuasa tentera, telah mendedahkan rancangan tersebut apabila dihadapan umum bahawa sejumlah pemilik stesen minyak swasta bersekongkol mengadakan krisis kekurangan bekalan minyak bagi membuat rakyat awam marah terhadap Morsi. Bukti paling jelas bahawa masalah kekurangan minyak di Mesir adalah dibuat-buat ialah ia telah selesai semalaman sahaja. Sebaik saja Morsi digulingkan bekalan minyak serta-merta pulih sediakala. 

Begitu juga dengan masalah keselamatan dan terputus bekalan elektrik, wujudnya konspirasi jelas ketara. Pasukan polis yang enggan melindungi kawasan penduduk semasa pemerintahan Morsi telah kembali bertugas sepenuhnya. Penjenayah dan samseng yang mengganas terhadap penduduk telah dapat dikawal oleh pihak keselamatan yang sama era Mubarak kecuali dikawasan dimana penyokong Morsi buat tunjuk perasaan. Bekalan elektrik yang sentiasa terputus berjam-jam setiap hari telah pulih dalam semalaman saja. Misteri dalam dua masalah yang amat sukar untuk diselesaikan ini akhirnya terjawab minggu ini. Dalam seramai 35 orang anggota kabinet yang dipilih oleh tentera, 8 telah dikekalkan termasuklah Menteri Dalam Negeri yang menjaga keselamatan dan Menteri Tenaga Elektrik. Orang menjangkakan menteri yang pertama dipecat oleh kerajaan yang menggulingkan kuasa ialah yang selama ini banyak mendapat aduan awam tentang ketidak cekapan mereka. Pihak pembangkang selama ini yang menyeru supaya menteri tersebut sebelum ini dipecat, sekarang ini pula menyanjung mereka dan menyokong mereka dikekalkan. Pendek kata, ramai pegawai khidmat awam yang menyatakan setia kepada presiden sebenarnya selama ini mengkhianati pentadbirannya dari dalam. 

Putar belit Nombor: Pembohongan yang berulang-ulang akhirnya orang percaya 

Pada minggu kedua Jun, Tamarrud mengumumkan telah mendapatkan tandatangan lebih dari 10 juta hanya dalam masa enam minggu. sepuluh hari kemudian jumlah itu telah meningkat mendadak kepada 22 juta tandatangan. Tidak lama selepas itu, jurucakap Tamarrud Mahmoud Badr telah mengumumkan menukar matlamat demonstrasi 30 Jun. Tidak lagi meminta supaya diadakan pilihanraya awal, tetapi mendesak supaya digulingkan Morsi, menggantikan dengan ketua SCC, menggantung perlembagaan, mengharamkan Ikhwan dan bicarakan pemimpinnya. Dalam beberapa hari tersebut media sentiasa mencanangkan propaganda hinggalah sampai hari kejadian. 

Pada 30 Jun, setiap watak tahu peranan masing-masing. Sehingga tiba waktu tengahari Tamarrud mengumumkan jumlah bantahan jalanan telah mencapai lebih dari 10 juta orang. Kemudiaannya meningkat 14 kemudian 17 kemudiannya 22 juta. Seterusnya pihak media mendakwa seramai 33 juta orang telah menyertai bantahan tersebut. Kapalterbang tentera terbang dengan formasi menghiburkan peserta dilangit atas dataran Tahir sambil menggugurkan bendera Mesir dan air minuman, sambil membentuk simbul hati untuk menunjukkan sokongan terhadap peserta demonstrasi. Pihak tentera juga menyediakan kelengkapan helikopter kepada Khalid Yousef, pengarah filem terkenal yang kuat menyokong penentang dan amat memusuhi Ikhwan. Yousef telah merakamkan demonstrasi tersebut dan menghasilkan sebuah filem yang terus di segenap rangkaian televesion di seluruh Mesir. Dalam beberapa jam sahaja, setiap media mendakwa jumlah peserta bantahan mencecah sepuluh juta dengan peserta di Dataran Tahrir sahaja mencapai antara 5 atau 8 juta. Pada hari rampasan kuasa, pertunjukan bunga api, cahaya laser dan festival diadakan dengan meriahnya. 

Kawasan Dataran Tahrir hanyalah seluas 12.3 ekar. Amjad Almonzer, seorang jurutera komunikasi dan Pakar Google Earth, secara terperinci telah membuktikan: walaupun segenap ceruk Dataran Tahrir dikira, keluasannya tidak melebihi 25 ekar. Walaupun dalam setiap meter persegi dikira seramai empat orang dan semua bangunan disekitarnya dianggap lapang, itupun tidak akan melebihi seramai 400 ribu orang pada hari tersebut. jika seramai jumlah 5-6 juta seperti digemburkan oleh penyokong tentera hendak dipertimbangkan, ini bermakna ini bermakna terdapat 50-60 orang dalam setiap meter persegi (5-6 per sq. ft.), jelas amat mustahil. Walaupun terdapat sejuta orang memenuhi setiap ceruk di Dataran Tahrir dan semua kawasan sekitar, ini akan menjadikan 10 orang per meter persegi, juga mustahil. Hatta pihak BBC pun mempersoalkan jumlah tersebut. 

Oleh itu paling ramaipun terdapat kurang dari setengah juta orang di Dataran Tahrir pada hari kemuncak demonstrasi dan kemungkinannya terdapat jumlah yang sama dilain-lain tempat di Mesir. Oleh itu jelas, hasrat pengundi Mesir yang inginkan perubahan yang lebih Islamik telah dikorbankan apabila hanya sejuta atau dua juta penunjuk perasaan membantah dalam masa sehari dua. 

Tiada Rahsia Lagi: Media anti-Morsi Ceritakan Segala-galanya 

Walaupun pada saat tidak ada seorangpun penunjuk perasaan di Dataran Tahrir, Okaz, surat khabar harian di Saudi telah menyiarkan terlebih dulu senario secara terperinci yang hanya terlerai tiga hari kemudian apabila tentera merampas kuasa. Hari berikutnya, akhbar al-Ahram, akhbar rasmi Mesir dan mempunyai edaran terbesar, telah menyiarkan berita utama ' Samada Letak Jawatan atau Digulingkan". Lapuran itu telah meramalkan butiran terperinci yang menggerunkan bagaimanakah perkara tersebuut akan terjadi, termasuklah katadua oleh tentera, penggulingan Morsi, penangkapan pemimpin Ikhwan dan penggantungan perlembagaan. Pada 3 Julai menjelang malam, Gen. Sisi mengumumkan penggulingan Morsi, penggantungan perlembagaan dan bermulanya pelan halatuju politik. sebenarnya ia adalah pelan yang sama yang telah diumumkan oleh Morsi, dan ditentang oleh pembangkang. Perbezaan hanyalah dia telah digulingkan. 

Harapan Hanyalah Kepada Pertolongan Allah 

مَنْ أَظْلَمُ مِمَّنِ افْتَرَىٰ عَلَى اللَّـهِ الْكَذِبَ وَهُوَ يُدْعَىٰ إِلَى الْإِسْلَامِ ۚوَاللَّـهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ ﴿٧﴾ يُرِيدُونَ لِيُطْفِئُوا نُورَ اللَّـهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّـهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ ﴿٨

Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan dusta terhadap Allah sedang dia diajak kepada Islam? Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang zalim.Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut (tipu daya) mereka, tetapi Allah (justru) menyempurnakan cahaya-Nya, walau orang-orang kafir membencinya.(QS. Ash-Shaff [61] : 7-8) 

"Ya Allah kami memohon pertolongan kepada Mu bantulah saudara-saudara kami yang tertindas oleh golongan yang membenci Nur Islam, Ya Allah Engkau keringkanlah telaga-telaga minyak mereka kerana keangkuhan mereka memadamkan cahaya Mu ya Allah, Minyak yang Engkau kurniakan bukan mereka gunakan untuk menerangi bumi ini dengan Nur Islam ya Allah tetapi untuk menindas orang-orang yang beriman ya Allah, Ya Allah engkau tenggelamkanlah mereka dipadang pasir al-Baida ya Allah bersama-sama kekayaan mereka ya Allah, sesungguhnya engkau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana"

sumber:

  1. http://www.shoah.org.uk/2013/07/27/the-grand-scam-spinning-egypts-military-coup-2/
  2. http://www.policymic.com/articles/57197/the-egyptian-coup-brought-to-you-by-saudi-arabia

Thursday 25 July 2013

Mesir, Morsi dan Mahdi

17 Ramdhan Menjadi Penentu

Mesir Ada Petunjuk

Mesir merupakan sebuah negara yang penting sejak bermulanya tamaddun manusia dari dulu lagi. Sehingga kini peninggalan tersebut masih lagi dikaji oleh ahli kaji purba bagi memecahkan berbagai-bagai misteri dalam binaan yang ditinggalkan oleh mereka. Dalam al-Quran sendiri banyak sekali kisah berkenaan negeri Mesir di ceritakan bagi diambil pengajaran oleh umat akhir zaman. Antara Nabi yang banyak diceritakan dalam al-Quran ialah berkenaan Nabi Musa a.s yang diutuskan dibumi Mesir dimana nama Nabi Musa a.s diulang sebanyak 136 kali dalam al-Quran.

"Adakah tersembunyi serta belum jelas lagi kepada mereka: berapa banyak Kami telah binasakan dari kamu-kaum yang terdahulu daripada mereka, sedang mereka sekarang berulang-alik melalui tempat-tempat tinggal kaum-kaum itu? Sesungguhnya pada yang demikian ada tanda-tanda (untuk mengambil iktibar) bagi orang-orang yang berakal fikiran. " (20:128)

Begitu juga pada hari ini Mesir juga berada dalam kedudukan penting dalam dunia Islam. Di khabarkan setelah penjajah Portugis menjajah Melaka, penglima perang Portugis ketika itu, Alfonso de Albuquerque menyatakan cita-cita sebenar mereka untuk menakluk dua kota paling penting umat Islam, samada Mekah atau Mesir. Musuh-musuh Islam sekarang ini berada dalam keadaan cemas apabila gerakan Islam telah bangkit di Mesir dan Turki. Mereka telah nampak apabila gandingan dua serangkai ini bersatu demi Islam, kekuatan ini akan berupaya menyatukan umat Islam seluruh dunia dan pasti menggugat Israel.

Apabila jatuhnya rejim Mubarak yang selama ini menindas pejuang Islam yang ingin mendaulatkan Islam, rakyat Mesir telah memilih Muhamed Morsi dari Ikhwan sebagai presiden. Morsi ingin membawa Mesir kembali kepada Islam walaupun menghadapi berbagai-bagai halangan dari luar dan dalam termasuk dari Arab sendiri seperti Saudi. US telah merasakan ia bakal memberi ancaman kepada negara Yahudi Israel telah berkerjasama dengan Saudi bagi menjatuhkan Morsi. Saudi sejak penubuhannya merupakan pengikut setia US telah memberikan dana berbilion dolar kepada general tentera yang berpengaruh untuk menggulingkan Morsi.

Kejatuhan Mubarak

Apakah peristiwa kejatuhan Mubarak kemudian di ganti oleh Mohamed Morsi dan kemudiaanya di gulingkan oleh tentera yang setia dengan Mubarak merupakan petanda dekatnya muncul Imam Mahdi? Banyak [1] hadis-hadis yang menceritakan keadaan yang akan berlaku di Mesir seperti diberitahu oleh Rasulullah s.a.w hingga membawa tercetusnya perang diakhir zaman dan hingga membawa keluarnya Imam Mahdi.

حديث مرفوع) حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ هَارُونَ ، ثَنَا كَامِلُ بْنُ طَلْحَةَ ، ثَنَا ابْنُ لَهِيعَةَ ، عَنْ كَعْبِ بْنِ عَلْقَمَةَ ، قَالَ : سَمِعْتُ أَبَا النَّجْمِ ، أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا ذَرٍّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، يَقُولُ : إِنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ : " إِنَّهُ سَيَكُونُ رَجُلٌ مِنْ بَنِي أُمَيَّةَ بِمِصْرَ يَلِي سُلْطَانًا ، ثُمَّ يَغْلِبُ عَلَى سُلْطَانِهِ ، أَوْ يَنْزِعُ مِنْهُ ، ثُمَّ يَفِرُّ إِلَى الرُّومِ ، فَيَأْتِي الرُّومُ إِلَى أَهْلِ الإِسْلامِ ، فَتِلْكَ أَوَّلُ الْمَلاحِمِ " ، لا يُرْوَى هَذَا الْحَدِيثُ عَنْ أَبِي ذَرٍّ ، إلا بِهَذَا الإِسْنَادِ ، تَفَرَّدَ بِهِ : ابْنُ لَهِيعَةَ .

Dalam satu hadis marfu' diriwayatkan dari Abu Zar bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w berkata: "Sesungguhnya akan ada seorang lelaki dari bani Umayya di Mesir yang mengambil alih sultan memerintah, kemudian dia dijatuhkan pemerintahannya atau kekuasaannya. Kemudian dia melarikan diri kepada Rom. Kemudiannya dia membawa orang-orang Rom menghadapi penduduk Islam. Maka itulah bermulanya peperangan (dengan Rom)".

Hadis ini dibawa oleh Imam Ahmad Al-Tarabani no. 8336 dalam kitab Al-Mu'jam Al-Awsat.[2]

Terdapat maksud yang hampir sama diriwayatkan dari Nuaim bin Hammad[3] dalam Kitab al-Fitan;

(حديث مرفوع) ثنا الْوَلِيدُ ، ثنا ابْنُ لَهِيعَةَ ، عَنْ كَعْبِ بْنِ عَلْقَمَةَ ، حَدَّثَنِي حَسَّانُ بْنُ كُرَيْبٍ ، سَمِعْتُ أَبَا النَّجْمِ ، يَقُولُ : سَمِعْتُأَبَا ذَرٍّ ، يَقُولُ : إِنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، يَقُولُ : " سَيَكُونُ بِمِصْرَ رَجُلٌ مِنْ بَنِي أُمَيَّةَ أَخْنَسُ يَلِي سُلْطَانًا ، ثُمَّ غُلِبَ عَلَيْهِ أَوْ يَنْزِعُ مِنْهُ ، فَيَفِرُّ إِلَى الرُّومِ ، فَيَأْتِي بِهِمْ إِلَى الإِسْكَنْدَرِيَّةِ ، فَيُقَاتِلُ أَهْلَ الإِسْلامِ بِهَا ، فَذَلِكَ أَوَّلُ الْمَلاحِمِ " .

Dalam satu hadis marfu' diriwayatkan dari Abu Zar bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w berkata: "Sesungguhnya akan ada di Mesir seorang lelaki dari bani Umayya berhidung pesek yang mengambil alih sultan memerintah, kemudian dia dijatuhkan pemerintahannya atau kekuasaannya. Maka dia melarikan diri kepada Rom. Kemudiannya dia membawanya bersama (orang-orang Rom) memasuki Iskandariah (Alexanderia), maka berlakulah pertempuran dengan penduduk Islam disitu. Maka itulah bermulanya peperangan (dengan Rom)".

Kita faham bahawa hadis ini adalah dhaif tetapi apa yang ingin ditekankan disini adalah maksud kalimah (أخنس) iaitu bentuk hidung yang besar dan pesek seperti negro. Kalau dibandingkan dengan presiden Mesir yang lepas, sifat tersebut lebih menghampiri bekas presiden Muhamed Husni Mubarak. Tambahan pula Husni Mubarak merupakan presiden Mesir paling lama memerintah. (http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_Presidents_of_Egypt)

Harun Yahya dalam penulisannya berkenaan peristiwa yang berlaku di Mesir sekarang ini juga mengaitkan beberapa hadis yang dipetik dari Kitab Imam Ibnu Hajar memberikan sifat-sifat susuk badan yang lebih terperinci yang menyamai Husni Mubarak. Beliau mengaitkan peristiwa di Mesir ini sebagai tanda kemunculan al-Mahdi.[4]

Husni Mubarak
Tempoh Kejatuhannya

Tetapi riwayat ini memberikan gambaran lebih jelas lagi kenapa  Husni Mubarak merupakan pemerintah Mesir yang dimaksudkan;

سمعت أبي يقول سيخرج من قريش رجل معروف النسب من الأب والأم مغضبا إلى الروم فيقبلونه وينزلونه منزل كرامة ثم يكون من يوم خروجه إلى الروم عشرين شهرا ثم يقبل بالروم إلى الأسكندرية في سفنهم فتلقاهم ريح شديدة لا يرجع منهم إلى أرض الروم إلا مخبرقال أبوه فلو أشاء أن أخبركم حيث يضع أمير الروم رايته يومئذ ينزل بين الخضراء القديم إلى المنارة مما يلي الأسكندرية

Abdullah bin Rashid berkata bahawa dia telah mendengar bapanya berkata:" Akan muncul dari keturunan Quraisy seorang lelaki yang terkenal keturunannya dari sebelah bapanya dan sebelah ibunya dengan perasaan amat marah akan melarikan diri kepada Rom. Maka mereka menerimanya mengadap dan diberikan kemuliaan kepadanya. Ia berlaku dalam tempuh 20 bulan sejak dari hari dia keluar menuju ke Rom sehingga dia kembali bersama kapal Rom memasuki Iskandariah (Alexandria)..." (Nuaim bin Hammad's Kitab al-Fitan)
Kedudukan Kota Iskandariah Mesir
Cuba kita lihat kembali bilakah bermulanya Mubarak dijatuhkan dan bilakah pula Presiden Mohamed Morsi digulingkan? Mubarak dijatuhkan selepas kebangkitan rakyat pada Februari 2011[5]. Walaupun Mubarak masih berada di Mesir dalam tahanan untuk siasatan keatas jenayah dilakukannya, tetapi seluruh ahli keluarganya telah melarikan diri ke Britain[6]. Isteri Mubarak bernama Suzanne mempunyai ramai keluarga di Britain. Ini kerana ibunya Lily May Palmer berasal dari wilayah Pontyprid di Wales. Manakala anak Mubarak bernama Gamal pula bekerja di London dan merupakan orang yang penting dalam Bank of Amerika.

Dalam riwayat tersebut dinyatakan tempoh pemimpin tersebut cuba mengambil kembali kekuasaannya dengan mendapatkan bantuan dari Rom (US-Britain). Tarikh Februari 2011 hingga Julai 2013 adalah selama 17 bulan. Keadaan huru-hara di Mesir hingga hari ini semakin parah[7]. Campur tangan US dalam menjatuhkan Morsi semakin ketara. Terdapatnya gerakan Tamarrud yang ditaja oleh sekutu US seperti Saudi dan UAE bagi mencetuskan huru-hara di Mesir bagi menunjukkan bantahan terhadap Morsi. Masalah yang dihadapi Mesir seperti bekalan makanan, petrol dan lektrik pulih beberapa hari sahaja selepas kejatuhan Morsi. Ini menunjukkan gerakan terancang tidak mampu digerakkan dalam negara Mesir tetapi melibatkan negara kuasa besar iaitu US dan disokong oleh sekutunya iaitu Saudi, UAE dan Israel[8].

Morsi Dijatuhkan Gerakan Kristian-Coptic

Penggulingan Morsi di Mesir sekali lagi mengukir sejarah apabila presiden sementara yang dilantik dikatakan keturunan Qibti (Coptic). Jika benar inilah kali pertama Mesir di perintah Qibti selepas pembebasannya oleh sahabat Amru al-'As pada tahun 640M. Peranan Qibti dalam kerajaan sementara ini lebih terserlah apabila tiga menteri dilantik dari kalangan mereka. Kaum Qibti tercatat peranannya dalam sejarah Mesir apabila turut sama berjuang menentang Napoleon ketika Perancis menjajah Mesir satu ketika dulu, tapi bukanlah dalam menentukan pemerintahan.


Memetik kenyataan [9] Dr. Hilmi Al-Qa'oud seorang jurucakap Ikhwan yang menjelaskan peranan Qibti termasuk juga menggerakkan Tamarrud untuk menjatuhkan Morsi:


"In recent days, the Church has praised the mercenary Tamarrud movement, with [Coptic Patriarch] Tawadros expressing his happiness over its existence and over the June 30 protests by secularists and by sectarian [elements, i.e. the Copts], and encouraged [the Copts] to participate in them. Likewise, Christian satellite TV channels ceaselessly incited [their viewers] against the Muslim president [Mursi] and the Islamic movement. [Thus, for example] a female Christian rebel broadcaster declared, 'Christ's blood must fill the [city] squares,' and sectarian rebels claimed that Islam would end on June 30 and that they would never accept shari'a rule."

Amat memeranjatkan apabila terdapat riwayat yang mengaitkan gerakan pemberontakan Qibti ini dengan tanda dekatnya kemunculan al-Mahdi seperti petikan dalam sebuah buku dalam bab Mesir sebelum kemunculan Mahdi seperti petikan dibawah:


Penulis menulis buku ini berdasarkan riwayat berkenaan gerakan pemberontakan oleh Qibti di Mesir seolah-olah peristiwa itu sedang berlaku padahal buku yang bertajuk "Imam Mahdi: Dari proses gerakan hingga era kebangkitan (Judul asli: Ashr Adh-Dhuhur)" dimana cetakan pertamanya tahun 1987, dan diterbitkan oleh Pustaka Misbah, Jakarta hanya pada tahun 2004.


Peristiwa Bulan Ramadhan 



"Jangan kamu bantu orang melakukan kebatilan meneruskan kebatilannya dan orang yang zalim meneruskan kezalimannya" Kata-kata ini tetera dibawah sekali dikalendar Mesir untuk hari Jumaat bertarikh 17 Ramadhan
Tempoh kejatuhan seorang pemerintah yang mempunyai sifat-sifat seperti dijelaskan sehingga tibanya peristiwa peperangan besar akan memakan masa selama 20 bulan. Kalau peristiwa kejatuhan Mubarak mengikut kiraannya sudah 17 bulan apakah bakinya akan berlaku peristiwa-peristiwa berikut seperti di petik dari buku " "Huru-Hara Akhir Zaman" karangan Amin Muhammad Jamaluddin (dekan Pascasarjana Fakultas Dakwah dan Tsaqafah Islamiyah, Universitas Al Azhar, Kairo)(Penerbit Aqwam, Julai 2003):Halaman 97: 
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Keanehan-keanehan yang terjadi pada Ramadhan dan petaka-petaka dahsyat pada bulan Syawwal, Dzulqaidah dan Dzulhijjah. Al-Mahdi akan muncul di bulan Muharram. Pada Ramadhan sebelum kemunculannya, terlihat beberapa tanda-tanda nyata dan peristiwa- peristiwa yang aneh di langit. Mula-mula terjadi guncangan, kemudian muncul gelegar suara yang keras dan dahsyat, setiap orang bisa mendengarnya, kemudian muncul bintang berekor yang menerangi langit, kemudian matahari dan bulan mengalami gerhana. 

Jika peristiwa-peristiwa diatas telah terjadi pada bulan Ramadhan, maka pada bulan Syawal akan terjadi huru-hara (ma'ma'ah). Kemudian pada bulan Dzulqaidah akan terjadi konflik antar suku dan perselisihan antara negeri Islam. Kemudian pada bulan Dzulhijjah, pada musim haji, akan terjadi perampokan terhadap para jama'ah haji dan peperangan antara suku dan bangsa Islam, sehingga darah mengalir di Jumrah 'Aqabah pada hari-hari Idul Adha di Mina. 

Jika peristiwa di atas telah terjadi, maka Al-Mahdi muncul dan dibaiat pada hari Asyura bulan Muharram.Saya akan menyebutkan beberapa hadits mengenai hal ini yang sebenarnya cukup banyak: 

Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. 
bersabda:"Pada bulan Ramadhan terlihat tanda-tanda di langit, seperti tiang yang bersinar, pada bulan Syawwal terjadi malapetaka, pada bulan Dzulqa'idah terjadi kemusnahan, pada bulan Dzulhijjah para jamaah haji dirampok, dan pada Muharram, tahukah apakah Muharram itu?" 

Rasulullah saw. juga bersabda:"Akan ada suara dahsyat di bulan Ramadhan, huruhara di bulan Syawwal, konflik antara suku pada bulan Dzulqa'idah, dan pada tahun itu para jamaah haji dirampok dan terjadi pembantaian besar di Mina dimana banyak orang terbunuh dan darah mengalir disana, sedangkan pada saat itu mereka berada di Jumrah Aqabah". 

Beliau saw. juga bersabda:"Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?" 

Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa". 

Muhammad bin Ali berkata:"Sesungguhnya, Al-Mahdi yang kita nantikan itu memiliki dua mukjizat yang belum pernah terjadi semenjak Allah menciptakan langit dan bumi, bulan mengalami gerhana pada malam pertama bulan Ramadhan, sedangkan matahari mengalami gerhana pada pertengahan bulan itu, dan kedua hal itu belum pernah terjadi sejak Allah menciptakan langit dan bumi". (diriwayatkan Daruquthni dalam sunannya).
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Komet ISON dinantikan penuh debaran oleh ahli astronomi hujung tahun ini
Dalam riwayat diatas juga dinyatakan saat kemunculan Imam Mahdi itu dituruti dengan kemunculan bintang berekor yang amat terang. Apakah satu kebetulan apabila ahli-ahli astronomi sedang menantikan dengan penuh debaran pada hujung tahun 2013 ini akan kemunculan Komet ISON kalau mengikut pengiraan mereka cahayanya akan menerangi langit seperti waktu bulan terang? [10]
Wallahu'alam
*RALAT: Tempoh sebenar peralihan kuasa rakyat yang dipegang oleh Morsi ialah 12bulan

Rujukan
  1. http://library.islamweb.net/hadith/hadithsearch.php (البحــث عن: بمصر)
  2. http://library.islamweb.net/hadith/display_hbook.php?bk_no=475&hid=8336&pid=280707
  3. http://library.islamweb.net/hadith/display_hbook.php?bk_no=285&hid=1324&pid=133611
  4. http://www.mahdi.com/article.php_id=38257.html
  5. http://en.wikipedia.org/wiki/2011_Egyptian_revolution
  6. http://www.mirror.co.uk/news/uk-news/hosni-mubaraks-family-in-uk-refuge-107693
  7. http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/20985-mesir-cuba-diheret-ke-kancah-lebih-parah
  8. http://freebeacon.com/muslim-brotherhood-blames-u-s-for-egyptian-president-mohamed-morsis-ouster/
  9. http://www.copticsolidarity.org/media-news-events/news/1689-muslim-brotherhood-the-copts-are-behind-the-egyptian-military-coup-that-removed-mursi
  10. http://earthsky.org/space/big-sun-diving-comet-ison-might-be-spectacular-in-2013

Monday 15 July 2013

Tentera Mesir Gempur Hamas Disokong Israel

Batalion Tentera Mesir Memburu Pejuang Hamas

Menteri Pertahanan Israel Moshe Ya'alon pada Isnin lepas telah memberi kebenaran kepada Mesir untuk menambahkan kekuatan tenteranya di wilayah Sinai dalam kawasan el-Arish dan Rafah. Ini menjadikan sebanyak 11 batalion ketumbukan tentera Mesir dalam kawasan tersebut merupakan operasi terbesar sejak termeterainya perjanjian damai Mesir-Israel pada 1977. Sudah tentulah kebenaran yang diberikan Israel itu bagi menghadapi pejuang palestin atas alasan mengekang keganasan. 

Seorang pemimpin kanan Hamas yang enggan dikenali mengatakan operasi penghapusan pengganas tersebut di Semenanjung Sinai merupakan sebahagain penentangan terhadap Hamas. Pemimpin yang berpejabat di Gaza itu mengatakan Tentera Mesir telah meningkatkan tekanan terhadap Hamas semenjak penggulingan Presiden Morsi.

11 batalion ketumbukan tentera darat tersebut diperkuatkan lagi dengan batalion kereta kebal dan juga helikopter penggempur - semuanya ditempatkan dengan persetujuan rasmi Israel. Jurucakap tentera Mesir Kol. Ahmed Mohamed Ali memberitahu operasi tersebut bagi menghalang pengganas membuat huruhara dan menjejaskan keselamatan negara Mesir.

Gaza Mangsa Sebenar Krisis Mesir

Muhammad, Hamza dan Yahya menceritakan keadaan di Gaza

Pagi tadi dalam radio Ikim telah menjemput tiga orang jemputan dari Gaza bagi menceritakan pengalaman mereka di Gaza sekarang ini. Mereka menceritakan keadaan di Gaza bertambah teruk selepas penggulingan Presiden Morsi. Rafah di Mesir merupakan satu-satunya jalan keluar masuk ke Gaza telah ditutup kembali oleh Tentera Mesir. Pintu masuk melalui Tebing Barat melalui Jordan tidak dibenarkan. Penduduk Palestin di Gaza kembali terkurung selepas mengalami sedikit kebebasan tidak sampai setahun semenjak pemerintahan Morsi. Bertambah malang lagi apabila mereka tidak dibenarkan kembali ke Gaza melalui lapangan terbang Mesir. Jika mereka ambil juga penerbangan melalui Mesir, pihak berkuasa Mesir akan menghantar mereka kembali ke Kuala Lumpur. Begitulah penderaan dikenakan terhadap penduduk Gaza seluruhnya oleh kerajaan Tentera Mesir.

Penduduk Palestin terkandas akibat dihalang memasuki Gaza
Nasib yang sama juga menimpa beribu-ribu rakyat Palestin tidak dapat pulang ke Gaza kerana tentera Mesir tidak membenarkan mereka melalui Mesir. Bagi sesiapa yang terkandas dilapangan terbang di Kaherah, mereka di kurung dalam sebuah bilik kecil hanya mampu muat 12 orang tapi dimuatkan seramai 60 orang hingga bertindih antara satu sama lain. Tidak dibenarkan keluar kemana-mana walaupun untuk mendapat barang keperluan. Bahkan untuk sembahyang pun tidak dibenarkan.

Sebelum ini mereka di beri bantuan oleh Mesir di bawah Morsi dengan di buka sempadan Rafah. Begitu juga dengan terowong boleh digunakan untuk membawa masuk bekalan makanan dan keperluan. Penduduk di Gaza juga dibenarkan mendapatkan rawatan di Mesir. Seorang wartawan telah menceritakan banyak kemudahan di berikan oleh Morsi kepada penduduk Gaza,

"The new Egyptian government has made good travel criteria that make sense and are well-known. Men aged 45 and older and all women are welcome to come into Egypt and are granted a seven-day entry pass. Males who are between ages 16 and 45 must have strong documentation in writing and good reasons to want to visit Egypt, like school, work, medical attention, family, etc. For Palestinians passing through like me, you have to show a valid visa or residency card to the country you want to travel to and a flight ticket for the next destination....I remember telling myself, "That was easy!" In the past, they customs officials would go through our bags and hassle us about any item they did not understand"

Sekarang ini bukan saja penduduk Gaza di tindas tetapi pihak berkuasa Hamas juga di serang oleh tentera Mesir. Seramai 32 orang pejuang Hamas telah dibunuh dan 45 lagi ditangkap di Sinai oleh Tentera Mesir atas tuduhan cuba mencetuskan kekacauan di Sinai. Dalam penggulingan Morsi pihak Hamas lah yang mendapat kesan yang paling teruk bila satu-satunya negara yang memberi bantuan telah digulingkan. Sebelum krisis Syria, Hamas mendapat bantuan dari Syria dan pejabatnya juga berada disitu.

Sekarang jelaslah krisis Timur Tengah di cipta bagi menjamin kekuatan Israel iaitu dengan menjatuhkan kumpulan pejuang Palestin dengan memutuskan semua punca bantuan mereka. Tetapi yang lebih malang apabila negara Arab sendiri terutamanya Saudi bersekongkol menjalankan rancangan zionis tersebut. 

Saturday 6 July 2013

Kenapa Saudi Bergembira Morsi Jatuh?

Umat Islam Mesir berdoa supaya Allah mengembalikan pemerintahan Islam Morsi

Seluruh dunia Islam terkejut dan sedih dengan kejatuhan presiden Morsi. Tetapi selain dari Israel, sebuah negara yang menjadi kiblat umat Islam amat gembira dengan penggulingan tersebut. Beberapa jam sahaja slepas presiden Mesir, Muhammed Morsi dari Ikhwan digulingkan, rejim Saudi dengan serta-merta mengucapkan tahniah kepada presiden sementara Adly Mansour. Saudi merasa amat gembira dengan kejatuhan mengejut parti Islam itu selepas beberapa dekad menjadi pembangkang. 

Adalah ironik Saudi yang melaung-laungkan bahawa mereka memerintah berdasarkan undang-undang Islam tetapi amat bimbang dengan kebangkitan parti Islam menguasai negara. Sebenarnya seperti juga kebanyakan negara barat, Arab Saudi merasakan lebih selesa bergabung dengan pemimpin diktator tentera Mesir Presiden Husni Mubarak yang telah ditumbangkan. Tetapi apabila Ikhwan Muslimin berjaya mengambil alih kuasa dan dilantik menjadi presiden pada 2012, Riyadh merasa bimbang. Arab Saudi selalu menghadapi masalah hubungan dengan Ikhwan Muslimin yang mempunyai kaedah yang berbeza dalam mengembangkan islam, dan keupayaan organisasinya yang cekap, pengaruhnya semakin berkembang adn juga penyertaannya dalam pilihanraya semakin diterima rakyat. 

Golongan terpelajar Saudi semakin tertarik dengan pendekatan Ikhwan dan tertarik dengan gerakan masyarakat yang dijalankan melalui kerja-kerja amal dan kebajikan. Kebanyakan mereka kecewa dengan sekatan golongan Wahabi-Salafi yang mengharamkan penyertaan politik dan mematuhi peraturan yang ditetapkan secara mutlak tanpa perbincangan. Mereka mendapati pendekatan secara perbincangan terbuka lebih diterima oleh masyarakat. Kekosongan ideologi politik nasionalis dan sosialis arab selepas 1967 telah mula digantikan dengan politik Islam. 

Bagi mengekang pengaruh Ikhwan Muslimin, pihak berkuasa agama Arab Saudi mula mengecamnya sebagai faktor pemecah-belah dan menuduhnya bertentangan dengan agama. Arab Saudi mula menyekat kegiatan Ikhwan selepas ia mengecam tindakan Saudi mengundang tentera asing yang diketuai AS untuk mengusir Saddam Husien dari Kuwait dalam perang 1990. 

Selepas peristiwa 9/11, prasangka Saudi terhadap Ikhwan bertukar kepada perseteruan. Putera Nayef menuduh Ikhwan menjadikan pemuda Saudi sebagai radikal dan menuduhnya bertanggungjawab terhadap keganasan yang berlaku dalam tahun 2003 hingga 2008. Tetapi beliau gagal membuktikannya dan beberapa peristiwa kekacauan yang berlaku adalah akibat dari masalah dalaman Saudi sendiri. 
Sikap permusuhan Saudi terhadap Ikhwan sebenarnya melampaui batas tuduhan sebagai pengganas. Ia berdasarkan beberapa faktor yang menyebabkan adalah sukar untuk rejim tersebut bergabung dengan Ikhwan. 

Pada asalnya, dinasti Saud tidak terlalu bimbang dengan pengaruh Ikhwan kerana pergerakan itu hanyalah sebagai pembangkang. Tetapi selepas Ikhwan berjaya di Mesir dan Tunisia dan kemungkinan Syria, pandangan Riyadh terhadap Ikhwan telah bertukar sama sekali. Mereka bimbang kebangkitan pengaruh Ikhwan akan mengembangkan pengaruh pergerakan tersebut didalam kerajaan beraja itu. 

Saudi Arabia yang selama ini dianggap sebagai mewakili negara Islam Sunni dalam menghadapi seteru kuatnya iaitu Iran yang mewakili Syiah. Oleh itu apabila Ikhwan menyeru kepada perpaduan Islam sebaik saja memegang kuasa di Mesir, ia telah mengendurkan sedikit pertikaian Sunni-Syiah, pihak Saudi terasa tercabar. Bila Morsi membuat lawatan ke Iran pada 2012, Saudi mengecam pendekatan tersebut dengan keras. Saudi melihat Mesir di bawah Morsi ingin keluar dari pengaruhnya. 

Apabila Ikhwan menjalinkan hubungan yang rapat dengan Qatar, Saudi melihat ia sekali lagi cuba mengurangkan pengaruhnya dalam kalangan negara teluk. Gerakan Ikhwan dilihat oleh Saudi tidak boleh dipercayai dan tidak berterima kasih dan pengaruhnya sudah berada disempadan. Pengaruh Ikhwan di Qatar mula berkembang melalui medan bicara ilmiah, media massa dan badan pemikir amat dibimbangi akan turut berkembang ke Saudi akhirnya boleh mencabar kerajaan beraja tersebut. 

Pihak Saudi juga bimbang wujudnya rangkaian tiga serangkai iaitu Mesir, Turki dan Qatar (satu-satunya negara teluk yang mempunyai hubungan rapat dengan Ikhwan), akan menjejaskan lagi pengaruhnya di Timur Tengah. 

Kejatuhan kerajaan pimpinan Ikhwan Muslimin di sambut amat gembira oleh pihak media Saudi sebaliknya di tangisi oleh seluruh dunia Islam. Kononnya wartawan bebas di Saudi mengucapkan tahniah kepada rakyat Mesir kerana menyingkirkan apa yang mereka sifatkan kerajaan Islam diktator tetapi mereka buat-buat lupa tentang diktator yang mencengkam mereka. 

Pada masa ini dikalangan pergerakan Islam di Arab Saudi sudah mula tersebar bahawa Arab Saudi bersama UAE adalah dalang kejatuhan Morsi. Walaupun setakat ini ia berhasil memberi kelegaan kepada Saudi, tetapi hakikatnya seluruh Mesir berada dalam keadaan huru-hara dan bertempur sesama sendiri. 

Arab Saudi telah berjaya dalam misinya dalam menjatuhkan Parti Islam yang mencabar pengaruhnya, merupakan satu isyarat yang jelas juga kepada mana-mana wilayah yang cuba mengembangkan gerakan Ikhwan. Walaupun apa pun berlaku kepada Mesir dan walau apa pun berlaku kepada Gaza, yang penting kepada dinasti Saud ketika ini, inilah saat untuk bergembira yang dinanti-nantikan! 

sumber;

Friday 5 July 2013

Saud Disebalik Kejatuhan Morsi?

Adli Mansour Presiden Baru Mesir dari Kristian Qibti

Buat pertama kali dalam sejarah moden negara Arab mempunyai ciri-ciri pemimpin Islam yang sebenar. Presiden Mesir yang baru di gulingkan Dr Muhammad Morsi walaupun tidak sampai setahun memerintah mempunyai akhlak dan ilmu Islam yang tinggi. Beliau diberitakan sentiasa bermunajat kehadrat Allah bagi memohon bimbingan memrintah Mesir dan juga seorang yang hafiz al-Quran.

Kerajaan Islam Mesir tumbang akibat dari pengkhianatan dari golongan Islam sendiri yang terdiri dari Parti Nur, yang dianggotai oleh golongan Salafi yang mendapat bantuan dari Arab Saudi. Sebaik saja Parti Nur mengalihkan sokongan kepada tentera, Saudi dengan serta-merta menjanjikan habuan sebanyak $150 juta dolar setahun kepada parti tersebut. Setelah berjaya menggulingkan Morsi barulah Saud menawarkan bantuan ekonomi kepada Mesir. Muhammad bin Naif bin Abd Aziz, menteri luar negeri Arab Saudi memberi jaminan kepada kerajaan Mesir, dengan rampasan kuasa ini. Kerajaan Arab Saudi akan memberi $3 billion dolar kepada kerajaan Mesir, dalam masa yang sama, separuh dari duit ini, akan diserahkan sebelum tempoh 5 hari. Saud yang mengaku sebagai pemimpin negara Islam Sunni ini telah menjalankan usaha menjatuhkan sebuah Kerajaan Islam Sunni dengan bantuan golongan Salafi. Tetapi sungguh amat menghairankan atas dasar apakah yang membolehkan mereka menjatuhkan seorang pemimpin Islam yang warak tetapi melantik Adli Mansur seorang Kristian Qibti dengan sokongan penuh gereja Coptic!

Saud yang dulunya mencipta sejarah apabila pertama kali membebaskan bumi Mekah dan Madinah dari pemerintahan khalifah Othmaniyyah, kali ini pula dengan bantuan Saud buat pertama kalinya selepas Amru Ibn Al A’s R.A. membuka Mesir, dan memperkenalkan Islam ke Mesir pada tahun 639 di bawah Khalifah Omar Ibn Al Khattab RA. Mesir sebelum ini hanya diperintah oleh umat Islam dan pemimpin Islam sahaja! Sehingga malam kelmarin 2013 termaktub dalam sejarah umat Islam diperintah oleh Kristian Qibti (Coptic).

Bagaimanakah Saud Menggerakan Rancangannya

Kekuatan tentera Mesir sahaja tanpa bantuan dari luar tidak mampu untuk menggulingkan Dr Morsi kerana dalam kalangan general terdapat juga sokongan kepada Dr Morsi. Perancangan tersebut memerlukan perancangan yang teliti dan kewangan yang besar. Ia memerlukan bantuan dari agensi perisikan, inilah sumbangan dari Saudi dan Dubai.

Arab Saudi dan UAE mengerahkan segala kekuatan dan kewangan dengan menaja beberapa orang general yang berpengaruh. Denagn jatuhnya Dr. Morsi melalui rampasan kuasa tentera, Raja Saudi, Abdullah berjaya membalas dendam atas kejatuhan sekutu kuatnya Hosni Mubarak pada Februari 2011 yang lalu. Dua negara ini bergabung bagi menjatuhkan Ikhwan dan menjamin bantuan kewangan kepada General Abdel Fattah El-Sisi, Menteri Pertahanan dan Ketua Tentera, seperti berikut:
  1. Arab Saudi dan UAE menjamin bantuan ketenteraan tahunan sebanyak $1.3 billion dolar jika pentadbiran Obama menyekat bantuan akibat rampasan kuasa.
  2. Saudi, UAE dan negara-negara teluk lain, seperti Bahrain dan Kuwait, akan serta-merta memberi bantuan kewangan segera yang mencukupi bagi menggerakkan ekonomi Mesir. Rakyat Mesir dijamin mempunyai taraf hidup lebih baik dan makanan yang mencukupi berbanding semasa diperintah oleh Ikhwan.
  3. Mengikut beberapa sumber, Saudi dan UAE menjanjikan jumalah yang sama seperti diberikan oleh Qatar kepada Ikhwan tahun lepas iaitu sebanyak $13 billion dolar.
Maka tersingkaplah sandiwara yang mereka laungkan kononnya mereka memperjuangkan pembebasan al-Aqsa, padahal merekalah merupakan batu penghalang. Disaat hasrat umat Islam hampir tercapai untuk melihat pembebasan al-Aqsa, maka ketika itulah mereka menggerakkan rancangan untuk menggagalkan kekuatan umat Islam ini. Kenapa tidak dengan segala keupayaan perisikan, ketenteraan dan kewangan mereka sepatutnya menggerakkan untuk pembebasan al-Aqsa tetapi sebaliknya menumbangkan kerajaaan Islam yang bertekad untuk menjayakannya!

Apakah Matlamat Krisis Asia Barat

Dengan jatuhnya Ikhwan di Mesir ia memberikan impak yang amat besar kepada Israel. Kesan sertamerta dalam tempoh yang terdekat ialah ia memberikan kelegaan terhadap keselamatan Israel terutamanya bahaya yang dihadapi Israel dari Sinai. Tetapi yang menghadapi kesan yang paling teruk ialah pejuang Palestin Hamas, yang selama ini mendapat bantuan kewangan dan ketenteraan dari kerajaan Morsi. Sudahlah kekurangan bantuan persenjataan berat akibat putus hubungan dengan Iran hasil dari krisis Sunni-Syiah yang berlarutan, maka pasti rancangan Israel untuk meluaskan wilayahnya menjadi lebih mudah. 

Suasana peperangan di Asia Barat hari ini hanyalah mempunyai satu matlamat iaitu untuk menjamin keutuhan Israel. Ia terbukti sebaik sahaja Kerajaan Islam pimpinan Dr Morsi digulingkan, tentera Mesir yang lengkap bersenjata dan menggunakan jentolak menutup laluan ke Gaza yang dibuka oleh Dr. Morsi bagi membantu umat Islam Palestin. Laluan terowong antara Mesir dan Gaza adalah satu-satunya laluan bagi mendapat bekalan untuk kehidupan seramai 1.8 juta penduduk Gaza sejak kepungan oleh Israel pada 2006.

Rejim Tentera Mesir Menutup Laluan Rafah Dengan Kawalan Ketat Tentera
Pertelingkahan yanng berlaku dikalangan umat Islam hari ini adalah kerana mereka gagal mengenali siapakah musuh sebenar mereka. Mereka enggan kembali kepada al-Quran padahal dalam al-Quran jelas menyatakan musuh sebenar bagi umat Islam ialah Yahudi dan Nasrani. Tetapi sebaliknya mereka sanggup menghabiskan segala sumber hasil dan kewangan yang Allah anugerahkan kepada mereka untuk menghunus senjata sesama Islam. Mereka perlu faham bahawa dengan mereka bersatu menentang Zionis barulah mereka dapat bersatu dan duduk semeja mencari titik persefahaman. Kerana unsur-unsur Zionis lah yang menjadi penghalang kepada kemenangan umat Islam kini. Mereka sentiasa mengadakan masalah supaya pertikaian sesama umat Islam berlarutan. 

sumber;

Wednesday 3 July 2013

Arab Saudi, UAE dan Syria Mengalukan Rampasan Kuasa Mesir

Negara-negara Arab menunjukkan persefahaman yang jarang-jarang dilakukan dalam tempoh terdekat ini apabila mereka bersatu mengalu-alukan rampasan kuasa terhadap pemerintahan gerakan Islam Ikhwanul Muslimin yang di pimpin Dr Morsi. Pemerintahan Dr Morsi menghadapi banyak kesukaran kerana menghadapi berbagai-bagai pengkhianatan dalam pentadbirannya dalam semua bidang terutamanya oleh badan kehakiman dan juga ekonomi.

Ucapan Tahniah Dari Negara Arab Terhadap Rampasan Kuasa

Raja Arab Saudi, Abdullah, antara pemimpin arab yang terawal mengucapkan tahniah atas rampasan kuasa tersebut. Dengan begitu cepat telah mengirimkan kawat ucap selamat kepada pejabat sementara presiden baru Mesir dan menyatakan perlantikan Adli Mansour sebagai Presiden sementara Mesir berlaku dalam saat kesukaran dalam sejarah bangsa Mesir.

"Atas nama rakyat Arab Saudi saya mengucapkan selamat kepada anda untuk mengambil alih kepemimpinan Mesir pada saat yang genting dalam sejarahnya," kata Abdullah dalam ucapan pertama ucapan selamat oleh pemimpin Arab untuk Adli Mansour. Demikian diberitakan pejabat berita rasmi Saudi SPA. 

"Kami meminta kepada Tuhan untuk membantu anda memikul tanggung jawab untuk mencapai harapan saudara-saudara kami di Mesir," kata penguasa Sunni di negara yang kaya minyak itu dalam pesanannya semalam. 

Ia juga menyampaikan pujian kepada angkatan bersenjata Mesir dan pemimpinnya Abdul Fattah al-Sisi untuk menerapkan "kebijaksanaan" dalam membantu menyelesaikan krisis dan menghindari "kesan-kesan yang tak dapat diramalkan". 

Manakala Presiden Syria, Bashar al-Assad pula memuji penentangan terhadap pemimpin mereka, dan mengatakan rakyat Mesir telah menemui "penipuan" oleh Ikhwan Muslimin.

"Keadaan yang telah berlaku di Mesir merupakan kejatuhan kononnya politik Islam," Assad berkata dalam temuramah media kerajaan Al-Thawra.

Antara yang paling gembira juga, merupakan negara yang paling kuat menentang Ikhwanul Muslimin ialah UAE. UAE menyediakan pasukan keselamatan yang khusus untuk menangani gerakan Ikhwanul Muslimin di bawah Lt General Dahi Khalfan Tamim. Inilah sandiwara negara arab yang menyatakan kononnya mereka berjuang untuk membebaskan Baitul Muqaddis padahal pada masa yang sama merekamengekang pengaruh gerakan Islam!

UAE mengalu-alukan rampasan kuasa di Mesir itu mengikut lapuran agensi berita rasmi kerajaan WAM dan memuji pasukan tentera Mesir.

"Yang Terutama Abdullah bin Zayed al-Nahayan, Menteri Luar UAE, mengatakan beliau yakin bahawa rakyat Mesir akan dapat menghadapi keadaan sukar yang di hadapi oleh Mesir sekarang ini," menurut lapuran dari WAM itu lagi.

Penyokong Morsi Berikrar Berjuang Hingga Syahid

Sementara itu, pendokong Mursi di Bundaran Masjid Rabiah Adawiyah mengecam penggulingan tersebut. 

Mereka menanggapi pengumuman penggulingan itu dengan mengumandangkan takbir Allahu Akbar. 



Penyokong Morsi yang berkumpul di pinggir bandar Kaherah sangat tidak puas hati dan penyingkiran pemimpin negara Mesir ini membangkitkan kemarahan mereka dengan pengumuman yang dibuat oleh tentera itu.



Para pejuang agama sudah bersiap sekiranya panggilan syahid memanggil mereka. Kain kafan yang ditunjukkan sebagai simbolik mereka bersedia untuk mati syahid untuk mempertahankan kepimpinan Dr.Muhammad Mursi dan Syariyyah.

Amanat Terakhir Dr Morsi : 

Sesungguhnya,

Aku melalui jalan-jalan yang sukar sangat,
Bukanlah aku mahukan jawatan sebesar ini,
Bukanlah aku dambakan kedudukan teratas sebuah negera,
Bukanlah impianku untuk menjadi orang pertama harapan rakyat,
Keberadaaanku adalah kerana Allah mahukan agama ini dijaga,
Kerana agama ini sahajalah penyelamat segala,
Kerana kebenaran ini sahaja yang membuka mata,
Menyedarkan hati-hati yang kebutaaan agama,
Islam ini bukanlah semata-mata luaran pakaian sahaja,
Islam ini bukanlah pada percakapan dan manis tutur kata sahaja,
Islam ini perlu bergerak seiring dengan iman,
Iman yang membuktikan segala kepatuhan agama,
Kerana dalam setiap apa pun,
Sama ada hati, percakapan, ataupun perbuatan, itulah islam bagiku,
Kaffah menyeluruh,
Kita bukan islam biasa-biasa. 

Maka itu yang aku mahukan ianya berlaku dalam negara kita,
Segala macam korupsi yang ada,
Apakah dianjurkan islam?
Dengan segala hak rakyat menjadi hak milik orang-orang besar,
Adakah itu yang islam harapkan? Orang-orang miskin di tepi jalan, semakin ramai yang menganggur, jenayah dan maksiat, berpeleseran seperti syaitan,
Apakah itu yang islam anjurkan?
Itulah yang mahu aku baiki,
Untuk semua rakyat di negara ini,
Kita ada agama yang memimpin hidup kita,
Kita ada Tuhan yang akan menilai tingkah laku kita,
Ingat hari kiamat akan muncul, dan semuanya akan dipertontonkan semula. 

Aku memohon ampun atas kelewatanku,
Untuk mengurus negeri ini,
Aku mengetahui batasan aku,
Aku mengakui ketidakmampuanku pada sesuatu perkara,
Namun,
ku mengharapkan,
kamu membantu aku,
Bersama-sama kita bangunkan negeri ini,
Jika tidak ada sokongan kamu,
Aku tidak akan berada di sini,
Ku hanya memohonkan sabarmu,
Ku hanya memohonkan komitmenmu,
Ku hanya memohonkan bantuanmu,
Bantulah aku untuk kita bina negara ini bersama,
Kerana ianya bukan hak mutlak diriku,
Dia adalah milik kita bersama,
Tetapi keadaannya tidak demikian,
Kau malah menuduh aku bermacam-macam,
Sikapmu yang tidak sabar,
Ianya hanya merugikan kita. 

Maka, aku hanya mengharapkan Allah yang satu,
Untuk membantu perjuanganku ini,
Kerana Dia bersikap tidak pernah meninggalkan hambaNya,
Maka aku hanya berpegang dengan taliNya,
Allahumma, bantulah aku Ya Allah, kerana aku membawa agamaMu,
Allahumma, sentiasalah bersama-samaku Allah,
untuk memimpin negara ini,
Allahumma, kerana cukup kekuatanMu ya Allah,
maka aku merasa Kau mencukupi untukku. Bismillahi tawakkaltu 'ala Allah,
la haula wa la quwwata illa billah!

Bemulanya Penangkapan Besar-besaran Terhadap Pimpinan Islam

Menurut anggota kanan Ikhwan Muslimin, Morsi kini berada di bawah tahanan tentera. “Morsi dan pasukan presiden berada di di bawah tahanan rumah ketika ini,” kata anak kepada pembantu Morsi, Gehad El-Haddad. Bapa Hadad, Essam El-Haddad, antara orang kanan Morsi ketika yang ketika ini turut berada dalam tahanan.

Dua pemimpin kanan Ikhwan juga turut ditangkapa, iaitu Saad al-Katami, Ketua parti FJP - sayap politik Ikhwan, dan Rashad Bayoumi, merupakan timbalan kepada gerakan Ikhwan juga turut di tangkap.

Manakala mengikut lapuran akhbar Mesir Al-Ahram, sebanyak 300 waran tangkap telah dikeluarkan terhadap anggota Ikhwan.

Belajar Quran