Monday 15 April 2013

Serangan Bom di Amerika


Dua serangan bom dilakukan dikawasan sesak berhampiran garisan penamat perlumbaan Boston Marathon semalam mengakibatkan tiga terbunuh dan beratus-ratus lagi cedera. Seperti biasa pihak berkuasa US mengatakan ia merupakan satu serangan pengganas yang memulakan kembali siri serangan di US.

Seorang pegawai kanan perisikan US menyatakan terdapat dua butir bom yang diletakkan berdekatan dengan kawasan penamat acara marathon tersebut dan ia merupakan serangan terancang yang teliti.

Seorang saksi menyatakan bahawa beliau melihat pasukan kecemasan membawa ramai mangsa yang cedera parah dan ramai juga yang kehilangan anggota badan. Kesan-kesan darah boleh dilihat diatas jalan dengan banyak kaca-kaca dan serpihan bangunan bertaburan, kesan-kesan letupan jelas kelihatan hinggalah setinggi tiga tingkat bangunan.

Seorang pekerja hospital besar Massachusetts, Alisdair Conn, merupakan ketua bahagian kecemasan mengatakan: " Kejadian ini tidak pernah saya lihat sepanjang 25 tahun saya bertugas disini...kesan dahsyat persitiwa berdarah ini keatas orang awam.. hanya berlaku dalam peperangan."

Seramai 23,000 orang pelari mengambil bahagian dalam acara marathon paling tertua dan ternama didunia itu. Ia diadakan sempena Patriots Day yang merupakan sambutan ulangtahun peperangan pertama dalam Revolusi Amerika yang berlaku di Concord dan Lexington pada 1775.

sumber;

Tuesday 9 April 2013

Di Ambang Perang Besar Akhir Zaman


Tangan zionis yang dinaungi dajal sedang mempersiapkan peperangan dunia bagi menghancurkan umat Islam. Walaupun mereka sedang giat merencanakan rancangan jahat mereka terhadap umat Islam tetapi Alah juga sedang melaksanakan perancangan bagi menewaskan mereka dengan di turunkan pasukan tentera al-Mahdi yang akan memimpin pasukan umat Islam hinggalah mencapai kemenangan. 

Perlantikan Pope yang baru menggantikan Benedict dengan menggelarkan dirinya sebagai Pope Francis merujuk kepada Francis Asisi adalah satu isyarat yang jelas tentang rancangan jahat secara besar-besaran akan dilakukan keatas umat Islam. Pope Francis Asisi yang asal adalah merupakan pemimpin kristian abad ke 12 yang telah melancarkan peperangan salib terhadap umat Islam. Beliau merupakan simbol kepada tentera syaitan dan kekufuran. Presiden Israel Simon Peres menunjukkan rasa gembiranya terhadap perlantikan beliau dan telah mengatur jemputan secara rasmi untuk beliau melawat Israel pada 30hb April ini.

Dari Abu Hurairah r.a melapurkan bahawa Nabi s.a.w bersabda:

Hari Kiamat tidak akan datang sampai Rom akan mendarat di al-A'maaq atau dalam Dabiq. Suatu tentera yang terdiri daripada (tentera) terbaik dari orang-orang di bumi pada waktu itu akan datang dari Madinah (untuk melawan mereka). Ketika mereka akan menetapkan diri dalam barisan, maka Rom akan berkata: "Jangan berdiri di antara kami dan mereka (umat Islam) yang mengambil tahanan dari antara kita, marilah kita bertarung dengan mereka", dan Muslim akan berkata: "Sebenarnya, dengan izin Allah, kita tidak akan mendapatkan selain daripada anda dan dari saudara-saudara kami yang mungkin anda melawan mereka ". Mereka kemudian akan berperang dan sepertiga (bahagian) tentera akan melarikan diri, yang Allah tidak akan mengampuninya. Sepertiga (sebahagian daripada tentera). Mereka akan menerima syahid yang terbaik di sisi Allah itu, akan dibunuh dan ketiga yang tidak pernah menerima keadilan akan menang dan mereka akan penakluk Konstantinopel. Dan ketika mereka akan sibuk dalam membahagikan barang rampasan perang (di antara mereka sendiri) selepas menggantung pedang mereka pada pohon-pohon zaitun, Iblis akan menangis: Dajjal telah terjadi di antara keluarga anda. Mereka kemudian akan meninggalkan (untuk kembali ke Syria), tetapi akan menjadi sia-sia. Dan ketika mereka kembali ke Syria, ia ( Dajjal ) akan keluar saat mereka akan masih mempersiapkan diri untuk pertempuran menyusun kedudukan.
(Sahih Muslim Kitab Al-Fitan Wa Ashrat As-Sa'ah, No. 6924)

Dalam hadis diatas yang menggambarkan peristiwa tersebut secara jelas menunjukkan bahawa peperangan yang sedang berlaku di Syria merupakan benih yang sedang disemai oleh pejuang Mujahidin Syria. Kemenangan yang telah dijanjikan terhadap Mujahidin yang sedang berjuang di Syria dimana akhirnya mereka akan membersihkan bumi Syria dari sebarang kesyirikan dan kekufuran. Bermulanya perang besar akhir zaman ialah apabila pihak kristian yang didalangi oleh barat cuba mengambil alih kuasa bagi melantik pihak yang mengikut telunjuknya dan hapuskan pejuang Islam.

Rujukan







Thursday 4 April 2013

Ulamak Sebenar

Adalah menjadi kewajiban terhadap ulamak untuk menegor pemimpin yang melakukan kezaliman, kemungkaran, rasuah, tidak amanah dan menyeleweng dari ajaran Islam. Inilah yang ditunjukkan oleh seorang ulamak terkenal abad 20, almarhum Syeikh Mutawalli Sya'rawi. Walaupun ketika itu Presiden Muhammad Husni Mubarak terkenal dengan kediktatorannya tetapi beliau tanpa rasa gentar menasihatinya seperti seorang ayah menasihati anaknya. Beliau telah menunjukkan bahawa ulamak mestilah menyatakan sikap mendokong kebenaran, menyokong pihak yang membawa kebenaran dan menentang pihak yang zalim (tidak meletakkan sesuatu sesuai dengan hukum Allah).


Seorang ulamak yang sufi diberi khasaf oleh Allah s.w.t, begitulah yang terjadi terhadap Mubarak apabila beliau terus melakukan kezaliman dan penipuan bagi terus berada di tampuk kekuasaan tanpa menghiraukan pandangan ulamak besar itu akhirnya beliau diberi balasan oleh Allah s.w.t dengan digulingkan oleh kebangkitan rakyat dengan penuh kehinaan.




Berikut ucapan beliau dihadapan Mubarak;


Dan sesungguhnya aku (Sheikh Mutawalli Sya’rawi).. wahai Tuan Presiden, aku berdiri di sudut ini untuk menerima pahala dari Allah. Aku tidak menghabiskan sisa-sisa hidup aku menjadi munafiq. Aku tidak akan mempamerkan diri aku ini dengan perkara-perkara yang menipu. Tetapi aku ingin memberitahu satu perkara kepada umat semuanya. Sama ada daripada pihak kerajaan atau parti pembangkang ataupun penyokong dan bangsa. Aku meminta maaf jika aku ucapkan sesuatu yang kamu semua tidak suka. Aku ingin semuanya tahu bahawa kekuasaan itu di tangan Allah. Allah memberi kekuasaan kepada sesiapa yang Dia suka. Maka janganlah ada komplot untuk mendapatkan kekuasaan itu. Dan janganlah ada tipu helah (penipuan) untuk sampai kepadanya (kekuasaan). Allah Taala telah menceritakan dialog antara Namrud dan Nabi Ibrahim. Apa yang Allah Taala kata? “..Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya (sedangkan dia dalam kekafiran), kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan (Namrud)…” – (Surah al-Baqarah:258, al Quranul Karim)

Maka kekuasaan itu Allah diberi kepada sesiapa yang dia mahu. Maka jangan kamu melakukan tipu helah terhadap Allah. Dan jangan kamu membuat komplot (penipuan) terhadap Allah. Kerana seseorang tidak akan mendapat kekuasaan di dalam kerajaan Allah kecuali dengan kehendak Allah. Kalau dia seorang yang adil, maka manusia akan mendapat manfaat dengan keadilannya. Dan sekiranya dia seorang yang zalim, maka dia menjadi hodoh dengan kezalimannya dan Allah akan menjadikannya buruk di dada-dada manusia. Maka disebabkan Allah menjadikan dia buruk di dada manusia, rakyat akan membenci setiap orang yang zalim walaupun dia tidak terlintas membenci pemerintah itu. Aku berkata kepada kamu sekalian, Alhamdulillah, telah jelas kebenaran pada kata-kata Tuhan berdasarkan dengan peristiwa-peristiwa yang telah terjadi. Bagaimana kita hendak mentafsirkan kata-kata Allah :“..Wayamkuruuna wayamkurullah..” (dan mereka merancang perkara yang jahat dan Allah juga turut merancang). Dan bagaimana kita hendak mentafsirkan kata-kata Allah :“..Innahum yakiidunakaidan wanakiiuunakaida..” (Sesungguhnya mereka membuat tipu daya dan Allah membuat tipu daya juga). Siapa yang terlintas di dalam kepalanya untuk menjadi pemerintah, aku nasihatkan supaya dia jangan meminta-minta. Akan tetapi menjadi kewajipannya menjadi pemerintah ketika mana dia dilantik. Sabda Rasulullah salallahualaihi wasalam;

..Siapa yang dilantik untuk sesuatu perkara, maka dia akan ditolong oleh Allah. Dan sesiapa yang meminta-minta sesuatu perkara, maka perkara itu akan menjadi beban kepadanya..”.

Wahai Tuan Presiden, aku ingin katakan satu perkara kepada engkau, mungkin ini adalah pertemuan terakhir kita! (Sheikh Mutawalli Sya’rawi memegang bahu presiden Mesir dan berkata;) “..Jika nasib kami bergantung kepada engkau, moga-moga Allah memberi taufiq (menunjukkan kepada kamu jalan yang benar). Dan jika nasib kamu bergantung kepada kami, moga-moga Allah menolong kamu untuk menanggung beban (untuk menghadapi kami)..”.

Rujukan;

Tuesday 2 April 2013

Apabila Api di Anggap Air




Tipudaya dajjal bukan sahaja membelenggu manusia didunia ini tetapi juga hingga saat manusia meninggalkan jasadnya menjadi roh. Ia dilakukan secara licik dan amat bijak iaitu melalui mempengaruhi manusia supaya terjebak didalam hutang yang berpanjangan hingga tidak mampu untuk dijelaskan.

Hutang adalah amat tidak digalakan didalam Islam jika tidak ada urusan yang memerlukannya. Islam mensyaratkan wajib disegerakan menjelaskan hutang sebaik sahaja meninggal dunia. 

Roh seseorang yang berhutang tergantung antara langit dan bumi (tidak menuju ke tempat yang mulia) sehinggalah dibayarkan balik hutangnya itu. 

Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bermaksud:

"Roh seorang mukmin yang berhutang jika hutangnya tidak dijelaskannya, maka tergantung-gantunglah antara langit dan bumi, yang bererti terseksalah roh itu hingga dijelaskan hutang itu."

Al-quran telah menerangkan kaedah yang begitu jelas didalam urusan yang melibatkan hutang piutang supaya orang-orang yang beriman tidak tertipu dalam menjalankan urusan yang sedemikian.

Seperti firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 282:

"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar) dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah telah mengajarkannya. Oleh itu, hendaklah ia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu dengan jelas). Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu..."

Begitulah telitinya dalam ajaran Islam tentang urusan berhutang untuk mengelakan umat Islam dari tertindas dalam mengadakan urusan hutang. Apabila umat Islam mengikut ajaran Islam sepenuhnya didalam setiap urusan termasuklah bidang ekonomi nescaya mereka akan menjadi kuat seperti didalam zaman kegemilangan khilafah Islammiyyah yang hanya menggunakan baitulmal (1) sebagai sumber ekonomi negara. Musuh Islam dari kalangan zionis yahudi menyedari akan kekuatan ini lalu ketika dihujung pemerintahan khilafah Othmaniyyah di Turki mereka telah menubuhkan perbankan kapitalis. Pada mulanya mereka menawarkan pembiayaan pembinaan jaringan keretapi dari Turki ke Mekah (2) bagi kemudahan ibadah haji tetapi secara licik pembiayaan tersebut menyebabkan kerajaan Othmaniyyah ketika itu jatuh muflis seterusnya menyebabkan terhapusnya penguasaan kerajaan khilafah Islam yang telah menguasai dua pertiga dunia lebih dari 500 tahun!

Sebaliknya seluruh manusia hari ini telah diperdaya oleh sistem ekonomi dajjal yang berasaskan riba-kapitalis apabila mereka menganggap penciptaan hutang itulah merupakan kemajuan kekayaan ekonomi. Bagaimanakah hutang yang merupakan asas kepada kemiskinan telah dicipta dengan berbagai-bagai kaedah yang mempersonakan hingga melahirkan debt-based money system yang menggunakan wang kertas. Bahkan wang kertas itu sendiri tidak berdasarkan kepada mana-mana nilai yang nyata seperti emas atau perak tetapi bergantung kepada nilai yang ditetapkan dalam dollar Amerika.

Sesungguhnya keadaan ketika dajjal berkuasa merupakan keadaan yang diselubungi tipu daya yang nyata, sehingga sampai di satu tahap manusia tidak lagi dapat membezakan antara api yang panas dan air yang dingin, bukan sahaja tidak dapat membezakannya bahkan api dianggap sebagai air dan begitulah sebaliknya;

Rasulullah Muhammad SAW bersabda: "Sesungguhnya Dajjal itu akan keluar dengan membawa air dan api, maka apa yang dilihat manusia sebagai air, sebenarnya itu adalah api yang membakar. Sedang apa yang dilihat oleh manusia sebagai api, maka itu sebenarnya adalah air yang dingin dan tawar. Maka barangsiapa yang menjumpainya, hendaklah menjatuhkan dirinya ke dalam apa yang dilihatnya sebagai api, karena ia sesungguhnya adalah air tawar yang nyaman." Hadits riwayat Bukhari dan Muslim

Kita sekarang berada didalam fasa penguasaan dajjal yang dibawa oleh pendokongnya dari kalangan zionis yahudi dan kristian. Secara terancang mereka menguasai sistem ekonomi dunia melalui penubuhan instituisi perbankan dan melalui penubuhan sistem kewangan antarabangsa yang dinamakan IMF. Sebelum tahun 2000 terdapat 7 negara yang tidak dapat dikuasai oleh perbankan zionist iaitu Afghanistan, Iraq, Sudan, Libya, Cuba, Korea Utara dan Iran tetapi kini hanya tinggal 3 negara sahaja iaitu Cuba, Korea Utara dan Iran (3). Sebab itulah usaha yang berterusan untuk menakluki negara-negara tersebut semakin hebat dijalankan dengan berbagai-bagai alasan dan provokasi yang sengaja diada-adakan tetapi matlamat sebenar mereka ialah untuk membelenggu umat manusia melalui perbankan kapitalis. Dengan cara ini kapitalis zionis ini akan menghakis segala hasil mahsul sesebuah negara dengan menggantikan dengan matawang kertas dan sebahagian besar hanyalah sebagai nilai angka di paparan komputer sahaja yang dianggap sebagai ekonomi padahal nilai hutang yang perlu ditanggung. Setiap satu ringgit nilai yang kita pegang bermakna negara menanggung sepuluh kali ganda nilai tersebut dalam bentuk bon hutang!

Amat menghairankan apabila IMF mengharamkan penggunaan emas dalam sistem matawang melalui syarat perjanjian kewangan dengan perbankan pusat. Kedua-dua sistem kewangan samada sistem kewangan antarabangsa atau sistem perbankan antarabangsa adalah perkembangan yang unik didalam sejarah ekonomi dan kewangan umat manusia. Dengan kata lain tidak pernah berlaku dalam sejarah manusia yang mengalami ketidakadilan dan penindasan dalam urusan kewangan dan perbankan. Inilah akibat kejahilan manusia tentang hakikat sebenarnya matawang dan dinamakan sistem perbankan hari ini.

Sebenarnya kemunculan matawang kertas dollar adalah hasil manupulasi Zionist selepas krisis minyak akibat perang Arab-Israel melalui usaha Amerika. Amerika yang diketuai oleh setiausaha negaranya pada masa itu, Henry Kessinger telah berjaya mempengaruhi Raja Arab Saudi untuk menjual keluaran minyaknya hanya dalam dollar Amerika sahaja. Saudi Arabia kemudiannya mempengaruhi seluruh negara arab lainnya untuk menyertai perjanjian tersebut. Bermula dari sini lahirlah penguasaan matawang kertas dollar yang dinamakan juga petro-dollar (4).

Inilah padahnya apabila zionis melalui sistem riba-kapitalis yang menguasai dunia melalui sistem ekonomi berdasarkan hutang. Akhirnya matawang dollar itu sendiri tidak mampu menampung beban hutang melalui penjanaan matawang kertas yang lama kelamaan semakin membelit Amerika dan semua negara eropah. Dengan cara ini dajjal melalui zionis yahudi yang berpusat di Israel memastikan dunia seluruhnya berada dalam genggaman mereka.



Belajar Quran