Sunday 25 August 2013

Israel dan Saud Gesa Sokong Tentera Mesir


us_isr_saud.jpg


Jurusalem sedang melancarkan kempen bagi menggesa Eropah, US untuk memberi sokongan terhadap kerajaan tentera di Mesir, mengikut lapuran New York Times. Pegawai Israel menyatakan, " Apakah pilihan yang ada? Sama ada tentera atau ketidakstabilan". Iaitu mereka merujuk kepada kebimbangan jika Ikhwan yang berjuang mengembalikan syiar Islam di Mesir. Israel dan Saudi berkongsi pandangan yang sama berkenaan dengan sokongan terhadap Tentera Mesir yang mengamalkan dasar ultra-sekular iaitu menolak ajaran Islam dari diamalkan. Di satu pihak, Saudi tidak lagi dapat berpura-pura kononnya sebagai pembela Islam sejati apabila mengesahkan dan memberi sokongan sepenuhnya terhadap pembunuhan beramai-ramai terhadap umat Islam Mesir yang menentang rampasan kuasa terhadap kerajaan Islam yang sah.

Minggu lepas Saudi memberi amaran terhadap US kononnya kerana ingin menarik balik bantuan ketenteraan terhadap Mesir, dan berjanji memberi bantuan berbillion-billion dolar bagi menjamin Ikhwan tidak lagi berkuasa di Mesir. Tetapi semalam Jabatan Pertahanan US mengumumkan akan membekalkan sebanyak 1300 bom berangkai bernilai $641 juta. Saudi dan US kononnya menunjukkan pertelingkahan dalam isu Mesir, padahal permainan mereka ini hanyalah untuk mengabui umat Islam. Inilah jahatnya permainan Yahudi dan sekutunya yang menjadikan nyawa umat Islam sebagai taruhan bagi memperluaskan pengaruh mereka.

Memetik kenyataan Daryl Kimball, direktor eksekutif Arms Control Association, sebuah badan pemerhati berpusat di Washington juga menyatakan kehairanannya, kedua-dua US dan Saudi baru-baru ini mengecam penggunaan bom berangkai oleh Syria tetapi mereka juga sedang mempersiapinya!


"Both the US and Saudi Arabia have recently condemned the use of cluster munitions by the government of Syria - that’s ironic given this new sale, because a cluster munition is a cluster munition, no matter what kind it is".


Sementara itu Israel mempertingkatkan kempen melalui saluran diplomatiknya menggesa Eropah dan US menyokong kerajaan tentera di Mesir. Mengikut lapuran beberapa pegawai, duta-duta Israel di Washington, London, Paris, Berlin, Brussel sedang giat melobi menteri-menteri luar kerajaan tersebut.

Pihak Israel menyatakan, " Jika kamu berpegang kepada prinsip utama, nanti kamu akan melepaskan perkara lebih penting - iaitu kepentingan meletakkan Mesir atas landasan asal walau apa pun terjadi. Pertamanya, selamatkan apa yang ada, kemudian barulah bincang pasal demokrasi dan kebebasan.." Inilah prinsip jelas Zionis, iaitu kumpulan Islam mestilah dihapuskan walau apa cara sekalipun, dan demokrasi hanyalah untuk menegakkan kumpulan sekular. Menurut lapuran New York Times melalui beberapa sumber diplomat menyatakan lagi, pihak Israel dan Mesir, General al-Sisi sentiasa berhubungan.

Rujukan;

  1. http://www.ynetnews.com/articles/0,7340,L-4419455,00.html
  2. http://www.aljazeera.com/indepth/features/2013/08/2013824111348685130.html
  3. http://www.reuters.com/article/2013/08/18/us-egypt-protests-saudi-idUSBRE97H0BK20130818





No comments:

Post a Comment

Belajar Quran