Monday 29 October 2012

Kubah Hijau Masjid Nabi Akan Tinggal Kenangan

Kubah Hijau Masjid Nabi Akan Tinggal Sejarah
Masjid Nabi Bertukar Menjadi Kota Metropolitan Selepas 4 Tahun

Lapuran dari akhbar The Independent melapurkan rancangan Arab Saudi untuk meruntuhkan salah satu dari tiga masjid tertua didunia, iaitu Masjid Nabawi sebaik saja berakhirnya musim haji bulan ini. Ia dikatakan dapat menampung jemaah seramai 1.6j orang dan melibatkan perbelanjaan berbillion dolar. 

Kerja-kerja pembinaan akan bermula sebaik saja musim haji tahun ini berakhir. Ia bakal menjadi bangunan yang dapat menempatkan manusia paling ramai didunia iaitu seramai 1.6j orang jemaah. tetapi kebimbangan telah mula timbul apabila melibatkan kesan-kesan tinggalan terpenting dalam sejarah Islam dirobohkan. Kemarahan telah mula timbul dinegara tersebut apabila kerajaan beraja itu tidak mengendahkan tinggalan sejarah penting didalam projek pembangunan Mekah.

Perobohan kubah hijau masjid Nabawi itu dibimbangi akan menjejaskan makam yang menempatkan Rasulullah s.a.w dan dua sahabatnya iaitu Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a dan Saidina Umar Al-Khattab r.a. yang betul-betul terletak dibawah kubah tersebut.

Masjid Ghamama bersebelahan Masjid Nabawi

Antara masjid yang bakal dirobohkan juga ialah Masjid Ghamama yang mempunyai nilai yang amat penting dalam sejarah umat Islam. Setakat ini tidak ada perancangan oleh pihak Saudi untuk memelihara masjid tersebut. Mengikut sejarah, masjid ini dinamakan Ghamama ialah kerana di masjid inilah Nabi s.a.w membuat solat Istiskah (mohon hujan). Perkataan Ghamama bermaksud awan dimana akan muncul secara tiba-tiba dan membawa hujan selepat Nabi s.a.w selesai solat tersebut. Banyak lagi peristiwa sejarah di zaman Nabi s.a.w berlaku di masjid tersebut yang sepatutnya dipelihara oleh pemerintah Islam sebagai pengajaran untuk umat Islam dimasa hadapan. Untuk maklumat boleh rujuk disini http://www.islamiclandmarks.com/saudi/madinah/other/masjid_ghamama.html.

Antara pihak yang melahirkan kebimbangan ialah Dr. Irfan al-Alawi dari Islamic Heritage Foundation, beliau menyatakan," Tidak dapat dinafikan Madinah perlu dibangunkan, tetapi cara pihak berkuasa menanganinya adalah amat membimbangkan ". Beliau menyatakan lagi," Terdapat berbagai cara untuk membangunkannya yang boleh mengelak atau memelihara tempat bersejarah dalam Islam tetapi sebaliknya mereka memilih untuk merobohkannya".

Teguran paling keras dibuat oleh Syed Zaid Zaman Hamid seorang penganalisis ketenteraan Pakistan apabila beliau menempelak kerajaan Saud dengan perbuatan syirik apabila berusaha memelihara patung berhala di Madain Saleh tetapi di masa yang sama meruntuhkan masjid-masjid yang dibina oleh para sahabat di sekitar Mekah dan Madinah.

Beliau menggesa supaya umat Islam seluruh dunia mengemukakan bantahan samada bertulis atau sebagainya dimana-mana kedutaannya terhadap tindakan Arab Saudi tersebut. Kata beliau lagi, ini bukan isu mazhab tetapi isu melibatkan sejarah umat Islam, keimanan dan kecintaan terhadap Rasulullah s.a.w dan para tabien yang banyak berjasa terhadap Islam. Apakah sikap umat Islam kalau Yahudi melakukan perobohan terhadap Masjid al-Aqsa, umat Islam akan terus istiharkan perang tetapi apakah kita berdiam diri jika pencapaian umat Islam lebih 1400 tahun dimusnahkan begitu saja tanpa sebarang bantahan?

Papan Iklan Promosi Berhala Madain Saleh terletak diluar Masjid Nabawi.  Mereka merasakan sejarah berhala adalah lebih besar berbanding sejarah Masjid Nabi!

Inikah tanda-tanda kerosakan di Madinah yang dimaksudkan didalam hadis yang diberitahu oleh Rasulullah ini?

Berkata Muadz ibn Jabal r.a: bahwasanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Makmurnya Baitul Maqdis merupakan kerusakan bagi Yatsrib(Madinah), rusaknya Yatsrib(Madinah) sebagai tanda dimulainya al-malhamah, dimulainya al-malhamah merupakan pembebasan bagi Qostantinopel, dan pembebasan Kostantinopel sebagai tanda keluarnya dajjal”, lalu Muadz ibn Jabal memukulkan tangannya ke paha atau pundak orang yang sedang diajaknya bicara, sambil berkata: sungguh ini pasti terjadi, sebagaimana pastinya engkau duduk disini.
Hadits Hasan riwayat Abu Dawud 

Sumber;

  1. http://www.independent.co.uk/news/world/middle-east/medina-saudis-take-a-bulldozer-to-islams-history-8228795.html
  2. http://beyond-pakistan.blogspot.com/2012/10/october-29-2012.html
  3. http://www.constructionweekonline.com/article-19269-historic-mosques-in-madinah-to-be-bulldozed/#.UJCK7Wkqf2Y

Friday 19 October 2012

Planet X dan Masa Dajjal

Dalam kisah tinggalnya Dajjal di muka bumi, hari pertama bagaikan satu tahun, hari kedua bagaikan satu bulan. Sebahagian dari para sahabat ada bertanya kepada Nabi tentang panjangnya hari yang ada Dajjalnya tersebut: (Apakah cukup dalam satu hari yang panjang tersebut untuk melaksanakan shalat seperti hari biasanya?) Nabi s.a.w menjawab: "Tidak, akan tetapi perkirakanlah padanya waktu-waktu shalat".

Sehari setahun seperti Artik alami 6 bulan malam dan 6 bulan siang 
Hadis tersebut disamping mengisahkan tentang waktu kedatangan Dajjal tetapi ia juga memberi alamat tentang bilakah waktu kedatangan tersebut. Pada waktu tersebut berlakunya perubahan cuaca yang amat ketara di bumi ini hingga bertukarnya masa sehari menjadi begitu panjang sehingga setahun dan beransur-ansur mengurang kepada sebulan seterus seminggu dan kembali kepada waktu asal.

Walaupun ada pendapat yang mengatakan tempoh tersebut adalah kiasan seperti di nyatakan oleh Syeikh Imran Hosein; kita amat menghormati pandangannya tetapi kemungkinan ianya berlaku dalam keadaan masa sebenar tidak juga boleh dinafikan. Tetapi setiap perkara yang berlaku itu tertakluk kepada sebab dan musabbab yang telah ditakdirkan oleh Allah swt.

Ahli astronomi sedang menjangkakan kedatangan sebuah planet yang amat besar bakal mendekati orbit bumi. Dijangkakan planet tersebut mempunyai orbit eliptical yang amat besar hinggakan terkeluar dari sistem suria. Ahli astronomi Jepun, Dr. Patryk Sofia Lykawka dan Tadashi Mukai merupakan seorang professor dari Kobe University sedang menjalankan kajian tentang perkara tersebut, Keputusan kajiannya menunjukkan kemungkinan terdapat sebuah planet yang teramat besar yang belum dikenal pasti dan mereka menjangkakan akan dijumpai sekitar 5 tahun lagi.

Beliau mengatakan," Kami telah berjaya mengesan lebih dari 1,000 objek melepasi Neptune sejak 1992, dan sebahagian besar objek menunjukkan kejanggalan orbit yang besar dan mempunyai kelencongan orbit yang besar, lebih besar dari kebiasaannya mengikut teori pembentukan sistem planet yang piawai". Beliau telah membuat simulasi berdasarkan kiraan dan telah menunjukkan terdapatnya planet Hypothetical dalam orbit yang jauh melepasi Neptune, dan di katakan Planet X, dapat menjelaskan kejanggalan orbit objek-objek angkasa tersebut.

[petikan journal universisty Kobe; http://www.kobe-u.ac.jp/en/info/topics/t2008_03_04_01.htm ]

Ini menunjukkan terdapat satu jasad yang mempunyai jisim yang amat besar yang mempengaruhi pergerakan objek-objek tersebut melalui tarikan gravitinya yang kuat menyebabkan orbitnya melonjong. Umpama kita menarik gelung getah untuk melastik.

Satu lagi kejanggalan pergerakan orbit dikesan ialah ketika pencerapan laluan planet venus melintasi matahari pada bulan jun yang lepas. Didapati orbitnya beralun tidak berada dalam keadaan lurus seperti yang dijangkakan, seolah-olah ia mengalami tarikan graviti yang besar kemungkinan pengaruh planet X (atau Nibiru) yang semakin hampir.

Perhatikan laluan Venus yang tidak sekata 

Begitu jugalah kesannya apabila ia menghampiri bumi. Bila ia semakin dekat, pusingan harian bumi akan terjejas. Pada mulanya ia tidak dikesan tetapi ia semakin ketara kerana kawasan Mid-Atlantic Rift yang paling bermagnet tertarik kearah Planet X/Nibiru dan menyebabkan pusingan bumi semakin tertahan apabila ia semakin hampir.

Pergelutan antara tarikan kutub bumi dan tarikan Planet X menyebabkan kutub bumi berpusing hingga berubah seperti gambarajah dibawah;
Hipotesis perubahan polar bumi akibatkan Asia dan Amerika Selatan jadi kutub 
dan Antartika berada di khatulistiwa

Keadaan akan kembali pulih seperti asal selepas berlalunya Planet X. Mungkin kejadian inilah yang menyebabkan kebanyakan kawasan bumi hari ini mengalami sehari seperti setahun seperti yang di alami di Artik sekarang ini akibat dari perubahan polar bumi.

Perhatikan bagaimana keadaan cuaca ketika berlakunya peperangan yang di pimpin oleh Mahdi (menyerang Khalifah Arab ketika itu) dalam keadaan bersalji, padahal tanah Arab berada dipadang pasir!

Dari Tsauban r.a: bahwasanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Tiga orang anak Khalifah akan saling membunuh untuk memperebutkan harta kalian, namun kemudian tidak satupun dari ketiganya ada yang berhasil… kemudian muncul bendera-bendera hitam dari arah Timur, mereka menyerang kalian dengan pertempuran yang belum pernah terjadi sebelumnya". Tsauban berkata: kemudian Nabi s.a.w menyebutkan sesuatu yang aku tidak hafal, lalu beliau melanjutkan: "Apabila kalian melihatnya, maka baiatlah dia walau harus merangkak diatas SALJI" HR. Ibnu Majah

Sunday 7 October 2012

Dekatnya Kiamat Masa Pembangunan Pencakar Langit dan Terowong Di Makkah

Lihatlah bangunan Menara Jam Mekah (Fairmont Tower) lebih tinggi dari pergunungan sekitarnya!


Pada zaman Nabi s.a.w, jumlah penduduk di kota Makkah masih sedikit, begitu pula dengan bangunannya. Rasulullah saw telahpun memberi amaran bahawa saat dekatnya kiamat ialah apabila didirikan bangunan sekitar Ka'bah melebihi dari pergunungan sekitarnya.  Inilah membuktikan mukjizat Nabi saw apabila secara khusus menggambarkan pembangunan pesat yang akan berlaku di sekitar Ka'bah. Tetapi yang lebih memeranjatkan apabila dinyatakan bahawa golongan yang sama itu jugalah yang bakal meruntuhkan Ka'bah! Alasan golongan tersebut ialah mereka akan membuat binaan yang lebih moden lagi.

Ibnu Syaibah meriwayatkan dengan sanadnya kepada Ya’la ibn Atha’ dari ayahnya, dia berkata: pada suatu hari, aku menuntun tali kekang onta Abdullah ibn Amr, lalu beliau berkata: "Bagaimana pendapat kalian, jika kalian hancurkan Ka’bah dan tidak menyisakan ada batu yang masih menumpuk? Mereka menjawab: oleh kita yang beragama Islam? Beliau menjawab: benar, kalian yang beragama Islam. Seseorang bertanya: lalu apa lagi? Beliau menjawab: kemudian ia akan dibangun dengan yang lebih bagus darinya. Apabila kalian telah melihat galian-galian besar di Makkah, dan bangunan-bangunannya menjulang tinggi melebihi pegunungannya, maka ketahuilah bahwa kiamat telah mendekatimu"[1].

Juga dinyatakan dalam hadis tersebut berlakunya penggalian besar-besaran disekitar Ka'bah. Maksud penggalian tersebut ialah pembinaan terowong (tunnel) didalam tanah dan juga penggalian pembinaan basement untuk bangunan pencakar langit.

Pembinaan terowong (tunnel) tersebut telah dilaksanakan pada tahun 2006 lagi bagi mengalirkan air zamzam dan juga untuk aliran air permukaan disekitar Ka'bah. Sungguh mengejutkan tanda-tanda yang telah di beritahu oleh Rasulullah saw itu begitu tepat dari segi skala pembinaan dan perancangan pembinaan; meliputi pembinaan pencakar langit beserta beserta jaringan terowong (tunnel) yang dilakukan pada masa yang sama, juga sebagai petunjuk tentang masa dan kemunculan golongan yang merendahkan Ka'bah.

Disini dibentangkan gambar-gambar susun atur pembinaan terowong (tunnel) sekitar Ka'bah.





Gambar-gambar tersebut diambil dari Jabatan Geologi Saudi http://www.sgs.org.sa/English/Topics/Pages/Zamzam.aspx


[1] HR. Ibnu Abi Syaibah dan al-Arzaqi . Hadits ini memiliki beberapa jalan yang baik. Hadis ini di ambil dari buku karangan Dr. Muhammad ibn Abdurrahman al-'Areifi Dekan Aqidah dan Agama serta madzhab kontemporer di Universitas al-Malik Sa'ud – Riyadh, juga merupakan anggota Majelis Tinggi Pengetahuan Islami. Ini judul buku tersebut terjemahan bahasa Indonesia http://www.qu2buku.com/Kiamat%20Sudah%20Dekat

Untuk lebih memahami tentang peristiwa ini sila juga lihat artikel petunjukzaman sebelum ini;

Wednesday 3 October 2012

NATO Timbang Serang Syria


Ketegangan antara Turki dan Syria semakin memuncak apabila serangan mortar oleh pihak Syria di Akcakale sebuah perkampungan sempadan Turki telah mengorbankan sebuah keluarga. Berikutan serangan tersebut tentera Turki telah melakukan serangan balas dengan bedilan meriam terhadap wilayah Syria.

NATO telah mengeluarkan kenyataan rasmi menyatakan sokongan kuat terhadap Turki berikutan peristiwa tersebut. Turki merupakan sebueah negara anggota NATO. Berdasarkan keyakinan sokongan dari NATO, Turki terus melancarkan serangan balas yang dirasakanya perlu.

Dalam masa yang sama pihak Russia telah memberi amaran terhadap NATO dan US supaya tidak menggunakan alasan pertempuran disempadan sebagai alasan terlibat dalam konflik di Syria.

In this photo released by the Syrian official news agency SANA, Syrian security officers run at the scene in front of destroyed buildings where triple bombs exploded at the Saadallah al-Jabri Square, in Aleppo city, Syria, Wednesday, Oct. 3, 2012. (Photo: AP)


Disamping itu serangan terbaru di bangunan kerajaan di Aleppo oleh tentera jihad Al-Nusra telah memusnahkann komplek tersebut dan membunuh lebih dari 40 orang. Ini menunjukkan penguasaan tentera Syria yang semakin lemah di wilayah tersebut dan bakal mencetuskan konflik yang boleh merebak keperingkat antarabangsa.

http://www.csmonitor.com/USA/Foreign-Policy/2012/1003/Turkey-shells-Syria-Will-NATO-be-drawn-into-conflict


Tuesday 2 October 2012

Fenomena Halo Matahari



Gambar halo matahari yang diambil oleh pakar astronomi Sdr Shahrin Ahmad

Gambar Halo diambil dengan handphone

Sekitar Kuala Lumpur hari ini digemparkan dengan fenomena Halo matahari dimana kejadian matahari dikelilingi dengan lingkaran pelangi yang berwarna-warni. Kejadian tersebut amat jarang berlaku di kawasan tropika kerana kebiasaannya ia berlaku dikawasan iklim sejuk.

Penduduk di Padang, Indonesia yang mendapati Halo di sekeliling Matahari pada 21 Oktober 2010 digemparkan dengan isu gempa yang akan menyusul. Kerana sebelum kejadian gempa 30 September 2009, Halo juga terlihat di sekeliling Matahari. http://en.wikipedia.org/wiki/Halo_(optical_phenomenon)

Pada dasarnya tidak ada kaitan dengan aktiviti seismik atau gempa tetapi fenomena tersebut terjadi akibat refleksi dan refraksi cahaya matahari/bulan oleh kristal-kristal ais yang terdapat di awan cirrus, awan yang terletak di tingkatan atmosfera yang disebut troposfer, sekitar 5-10 km dari permukaan bumi.

Halo adalah fenomena optikal berupa lingkaran cahaya di sekitar sumber cahaya Matahari atau Bulan. Fenomena Halo adalah lingkaran seperti pelangi yang mengelilingi matahari. Halo adalah fenomena yang lebih sering terjadi di langit.

Pada umumnya Halo melibatkan putaran radius 22° Halo dan sundogs (Parhelia). Dalam gambar diatas, menunjukan matahari di kelilingi oleh 22° Halo dan dilambungi (sisi) oleh sundogs. Parhelic circle adalah biasan cahaya kristal yang melepasi sundogs dan mengelilinginya. Kadangkala ia melapisi keseluruhan ruang langit dalam latitut yang sama dengan matahari. Pembinaan tangen ketinggian dan rendah (Upper Tangent arc and Lower Tangent arc) menyentuh secara terus dengan 22° Halo sama ada di atas atau dibawah matahari. Pembuatan Lengkungan (Circumzenithal arc) akan terjadi di atas kristal tersebut. http://science.nasa.gov/science-news/science-at-nasa/2002/24oct_sunrings/


Belajar Quran