Monday 23 April 2012

AWAS MASJID DHIRAR KOMPLOT MI6!

Logo perisikan MI6

Allah swt telah memberi peringatan terhadap orang-orang beriman bahawa terdapatnya masjid yang dibina oleh musuh-musuh Islam bertujuan untuk menghancurkan Islam dari dalam;

Dan (di antara orang-orang munafik juga ialah) orang-orang yang membina masjid dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang Islam), dan (menguatkan) keingkaran (mereka sendiri) serta memecah-belahkan perpaduan orang-orang yang beriman, dan juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan RasulNya sebelum itu. Dan (apabila tujuan mereka yang buruk itu ketara), mereka akan bersumpah dengan berkata:" Tidaklah yang kami kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata ". Padahal Allah menyaksikan, bahawa sesungguhnya mereka adalah berdusta.(At-Taubah 9:107)

Pendedahan oleh akhbar The Sunday Telegraph bahawa perisikan MI6 British dan perisikan Gaddafi Libya berkomplot mendirikan masjid radikal bagi memerangkap umat Islam sebenarnya telah lama di beri amaran oleh Allah swt di dalam al-Quran. Mereka menjadikan masjid tersebut untuk menyelinap di dalam gerakan Islam dan menjalankan rancangan jahat mereka.

Pihak barat yang diterajui oleh British dan Amerika mengadakan rancangan jahat mereka dengan mensasarkan negara-negara Islam tertentu dengan menuduh negara tersebut merancang membina senjata nuklear dan kemudiannya memberi tekanan antarabangsa. Tekanan tersebut akan di tarik balik sekiranya negara tersebut tunduk mengikut perancangan yang mereka jalankan. Beginilah yang berlaku di Iraq, Libya dan Iran. 

British berjaya mempengaruhi Gaddafi untuk melupakan hasrat memperolehi senjata nuklear dengan mengadakan perjanjian dalam tahun 2004; yang dikenali "deal in the desert". Perjanjian itu juga menamatkan pengasingan dan sekatan PBB terhadap Libya.

Hasil perjanjian tersebut, British telah mengadakan komplot dengan Libya bagi melatih ejen untuk menyelinap kedalam kononnya rangkaian al-Qaeda. Dokumen yang diperolehi oleh The Sunday Telegraph mendedahkan dengan terperinci perancangan pengintipan, pengambilan ejen dan pelan operasi. Dokumen yang dihantar oleh ibu pejabat MI6 di London kepada ketua perisikan Libya, Moussa Koussa di jumpai di Tripoli selepas kerajaan Gaddafi di tumbangkan.

Hanya tempat dan masa adalah berbeza, tetapi komplot yang dijalankan oleh musuh-musuh Islam terdiri dari Yahudi, Nasrani dan golongan munafik adalah sama. Marilah kita meneliti komplot yang dijalankan oleh puak nasrani, yahudi dan munafik di zaman Rasulullah saw seperti dijelaskan oleh ulamak dalam tafsir ayat tersebut.

Tapak masjid dirar yang dimusnahkan oleh Rasulullah saw; bersebelahan masjid Quba' ditandai dengan batu besar
Sebelum datangnya Nabi SAW ke Madinah ada seorang tokoh Khazraj bernama Abu Amir Ar-Rahib yang telah memeluk Nasrani pada zaman jahiliyah dan mempelajari selok belok agama berkenaan sehingga dia digelar ar-Rahib (pendeta).

Setelah hijrahnya Rasulullah SAW dan kaum Muhajirin, kemudian kemenangan umat Islam dalam Perang Badar, Abu Amir merasa kecewa. Dia merasa sakit hati lalu keluar dari Madinah menuju ke Makkah menghasut kaum musyrikin agar menuntut bela atas kekalahan mereka dalam Perang Badar. 

Dalam Perang Uhud, Abu Amir menyertai pasukan musyrikin Makkah. Walaupun umat Islam kehilangan 70 pejuang yang mati syahid, umat Islam hakikatnya bertambah kuat. Kesilapan yang berlaku dalam Perang Uhud menjadi pengajaran buat semua.

Akhirnya Abu Amir lari ke Damsyik menghadap Heraclius Kaisar Romawi meminta bantuan bagi menghancurkan kekuatan Islam. Raja Rom memberi harapan kepadanya bahawa Madinah pasti diserang. Lalu Abu Amir berutus surat kepada kaumnya daripada kalangan Ansar yang berjiwa munafik tentang khabar semasa.

Maka atas saranan Heraclius Kaisar Romawi maka disepakatilah untuk membangun tempat untuk memantau jamaah kaum muslimin, dan supaya tidak mencurigakan bagi pergerakan mereka, maka dibangunkanlah sebuah masjid untuk memantau kegiatan mereka.

Beberapa ahli tafsir menjelaskan seramai 12 orang munafik yang menyertai pembinaan masjid dhirar ini. Setelah siap, mereka mengundang Rasulullah SAW untuk hadir bersolat di masjid ini, sebagai tanda restu baginda. Baginda SAW ketika itu menolak kerana dalam perjalanan menuju Perang Tabuk.

Dalam perjalanan pulang, baginda diajak sekali lagi untuk ke masjid berkenaan. Ketika itulah turun wahyu yang melarang baginda dan rombongannya singgah dan bersolat di dalamnya.

Menurut al-Quran surah at-Taubah ayat 107 (yang beriringan dengan ayat berkenaan Masjid Quba’), tujuan pembinaan masjid dhirar ada empat iaitu : membahayakan keselamatan orang Islam, mengukuhkan keingkaran puak munafik, memecahkan perpaduan orang Islam, dan sebagai tempat musuh mengintip umat Islam.

Firman Allah SWT :

Dan (di antara orang-orang munafik juga ialah) orang-orang yang membina masjid dengan tujuan membahayakan (keselamatan orang-orang Islam), dan (menguatkan) keingkaran (mereka sendiri) serta memecah-belahkan perpaduan orang-orang yang beriman, dan juga untuk (dijadikan tempat) intipan bagi orang yang telah memerangi Allah dan RasulNya sebelum itu. Dan (apabila tujuan mereka yang buruk itu ketara), mereka akan bersumpah dengan berkata:" Tidaklah yang kami kehendaki (dengan mendirikan masjid ini) melainkan untuk kebaikan semata-mata ". Padahal Allah menyaksikan, bahawa sesungguhnya mereka adalah berdusta.(At-Taubah 9:107)

Sudah tentu sesudah itu Rasulullah SAW membatalkan hasrat menuju ke masjid berkenaan. Bahkan baginda memerintahkan agar umat Islam membakar masjid berkenaan. Orang yang diarah baginda ialah Malik bin Dukhsyum dan Ma’an bin Adi atau Ashim bin Adi.

Mereka yang menerima arahan tersebut berangkat ke Quba’ dan setiba di sana mereka mengumpul daun-daun dan pelepah kurma yang sudah kering sebagai bahan bakar bangunan masjid berkenaan. Mereka membakarnya pada waktu antara maghrib dan isyak.

Rujukan;

Sunday 15 April 2012

Tsunami Gergasi 11.4m di Jangka Melanda Malaysia


Petunjukzaman dalam artikel lalu telah memberi peringatan tentang kemungkinan Malaysia dilanda tsunami kerana melaksanakan pengambil alihan syarikat minuman ringan Permanis kepada syarikat pengeluar minuman beralkohol terbesar di Jepun iaitu Asahi. Peringatan ini adalah iktibar daripada kehancuran bandar Asahi tempat kilang pengeluaran arak tersebut akibat gempa bumi dan kemudiaannya tsunami. http://petunjukzaman.blogspot.com/2011/07/permanis-pengeluar-air-minuman-di-ambil.html 

Inilah amaran yang telahpun dikhabarkan oleh Rasulullah saw dan benar-benar telah berlaku dan dapat dilihat oleh kita sendiri melalui berita di media-media:

Daripada Abu Malik Al-Asy'ari r.a. bahawasanya ia mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Sesungguhnya ada sebahagian dari umat ku yang akan meminum thamar dan mereka menamanya dengan nama yang lain (mereka meminum) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah swt. akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa)dan Allah swt. akan merobah mereka menjadi kera atau babi".

Peristiwa gempa dan penengelaman bumi adalah akibat dari kemurkaan Allah diatas keengkaran manusia menuruti perintah telah ditetapkan olehNya didalam kitab al-Quran seperti diterangkan didalam surah al-Mulk berikut:

Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan serta-merta (melenyapkan kamu di bawahnya)?(Al-Mulk 67:16


Atau patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Allah yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; maka dengan itu, kamu akan mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan amaranKu?(Al-Mulk 67:17)


Dan demi sesungguhnya! orang-orang (kafir) yang terdahulu daripada mereka telah mendustakan (rasul-rasulnya lalu mereka dibinasakan); dengan yang demikian, (perhatikanlah) bagaimana buruknya kesan kemurkaanKu.(Al-Mulk 67:18)


Kajian oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) mengesahkan peringatan yang telah disiarkan dalam artikel petunjukzaman yang lalu; sumber JMM itu menjangkakan berdasarkan simulasi kemungkinan Malaysia dilanda tsunami gergasi sehingga 11.4m, iaitu kira-kira setinggi bangunan 3 tingkat. Menurut kajian tersebut ini berikutan gempa yang baru melanda Aceh pada skala 8.6 telah menambahkan tekanan pada zon gelinciran yang sedia ada, terutamanya terhadap garis gelinciran Padang.

Pakar seismologi JMM Dr Mohd Rosaidi menyatakan bahawa garis gelinciran Padang sudah lama tertangguh dan gempa pada Rabu lepas meningkatkan lagi tekanan sepanjang garis tersebut dan mempercepatkan lagi kejadian gempa bumi.

Menurut kajian JMM lagi," Ia boleh berlaku bila-bila masa sahaja, kita bimbang kerana Padang lebih dekat dengan kita. Gempa Aceh baru-baru ini berada dalam lingkungan yang agak jauh, kira-kira 800km dari Penang. Tetapi jika ia berlaku di Padang, ia hanya kira-kira 300km jauhnya dari Kuala Lumpur". 

Sumber: JMM
________________________________________________________________________________

Arrival Time And Height Of Tsunami Wave For Worst Case Scenario At Andaman Sea: Earthquake Magnitude 9.5 Richter
________________________________________________________________________________
Location              Arrival Time Tsunami Height (m)
________________________________________________________________________________
Pantai Cenang 1 jam 7 minit 8.9
Kuala Perlis 1 jam 51 minit 11.4
Kuala Muda 1 jam 12 minit 11.2
Batu Feringghi 1 jam 2 minit 8.5
Pulau Pangkor 1 jam 42 minit 7.6
Kuala Selangor 1 jam 53 minit 3.8
________________________________________________________________________________

Rujukan;

  1. http://www.nst.com.my/mobile/top-news/brace-for-the-big-one-1.74106
  2. http://www.met.gov.my/images/pdf/training/disaster%20management%20course_mohd%20rosaidi.pdf

Friday 6 April 2012

Mercutanda Kiamat

Diagram menunjukkan bangunan tertinggi didunia menjelang tahun 2020
Dalam satu hadis yang panjang berkenaan Iman, Islam dan Ehsan yang disampaikan oleh malaikat Jibrail kepada Rasulullah s.a.w, dimana didalam hadis yang penting (kerana menerangkan asas aqidah Islam) ini juga Jibrail telah memberi tahu petanda dekat berlakunya hari kiamat.

Daripada Umar bin al-Khattab r.a. .......Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat. Baginda bersabda: Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda: (Antara tanda-tandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing (berbangga-bangga) menegakkan dan meninggi-ninggikan binaan. Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: Wahai ‘Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu. [Hadis riwayat al-lmam Muslim]

Untuk menampakkan lagi petanda tersebut Allah telah mentakdirkan mercutanda kiamat tersebut betul-betul berdiri dihadapan kaabah untuk peringatan dan tatapan umat Islam bahawa saat kiamat yang telah dijanjikan oleh Allah melalui malaikat Jibrail adalah sangat hampir dengan terbinanya menara Abraij Al Bait (dikenali juga sebagai Fairmont Tower). Menara tersebut merupakan ke 8 tertinggi didunia buat masa ini, tetapi ketika masa pembinaannya ia menandakan era baru dalam perlumbaan pembinaan pencakar langit; sehingga Council of Tall Buildings and Urban Habitat (CTBUH) mengumumkan bermulanya era " Megatall".


Dalam hadis di atas Jibrail menceritakan sifat golongan yang berlumba-lumba membina bangunan tersebut, iaitu orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing...Ada pandangan yang mengatakan ia merupakan simbolik kepada suasana ketika itu, bilamana orang yang tidak berkasut, orang miskin yang semestinya ia mendahulukan membeli kasut dari yang lain, tiba-tiba ia telah mendirikan bangunan yang tinggi yang tentunya terpaksa berhutang daripada orang lain. Memang tepatlah bersesuaian dengan sistem ekonomi kapitalis sekarang dimana penjanaan kewangan bagi pembangunan skala besar mesti melibatkan pinjaman daripada pihak bank ataupun pengeluaran bond (sukuk). Mengikut sumber penganalisa ekonomi dana pembangunan Mekah di perolehi melalui pasaran kewangan Asia Barat yang di biayai oleh 30 buah bank kapitalis melibatkan pinjaman $9.6bn. Sebagaimana diketahui Putera AlWaleed bin Talal salah seorang kerabat di raja pemerintah Saudi merupakan pemilik Citibank iaitu bank riba-kapitalis terbesar didunia. http://www.thenational.ae/business/property/mecca-project-needs-fresh-investment

Menurut lapuran CTBUH sebanyak 27 dari 88 bangunan tertinggi didunia dibina di Timur Tengah, menunjukkan dengan jelas perlumbaan untuk bermegah-megah dengan binaan tinggi oleh kaum badwi padang pasir ini tidak dapat ditandingi oleh kaum lain.

Lapuran CTBH itu menyatakan," Dalam dekad ini kita dapat menyaksikan bukan sahaja bangunan pertama didunia melepasi aras 1km tinggi, tapi siapnya beberapa buah bangunan yang melepasi 600m (2000 ka) - iaitu dua kali ganda ketinggian Eiffel tower".

Kingdom Tower di Najd merupakan bangunan tertinggi didunia melepasi 1km

Kingdom Tower yang akan dibina di Jeddah (Najd) oleh Kingdom Holding Company (KHC) yang dimiliki oleh Putera Alwaleed bin Talal telah mengesahkan pembinaan bangunan 1km tinggi itu dengan kos SR4.6bn.

Menurut lapuran CTBH pembinaan bangunan Megatall ini lebih merupakan iconic bagi menunjukkan kekuatan ekonominya berbanding kawasan lain didunia ini. Lapuran CTBH itu juga menjawab persoalan kenapakah bangunan Supertall tidak dibina di Barat seperti kebiasaan sebelumnya?

" Kebanyakan bandar di dunia barat telah membina bangunan pencakar langit sejak lebih 100 tahun lalu dan telah meletakkan mereka diperingkat antarabangsa. Tambahan lagi, bandar-bandar di Barat tidak mengalami kepesatan seperti sedang berlaku di Asia, oleh itu kewajarannya adalah kurang bagi pembinaan bangunan Supertall di dunia barat..."

Perkembangan pesat pembinaan bangunan tinggi ini dicetuskan oleh berbagai faktor motivasi dari tempatan dan global, dan ia tidak bergantung kepada hanya satu faktor sahaja. Lapuran itu juga membentangkan fakta yang tidak menunjukkan sebarang kaitan antara keperluan penduduk (populasi) dan jumlah bangunan, iaitu negara timur tengah mempunyai nisbah antara populasi-kepada-bangunan adalah terendah. Sebagai contoh, penduduk UAE hanya 4.7 juta tetapi mempunyai 44 buah bangunan lebih 200 m tinggi, bermakna hanya 100,000 penduduk untuk setiap 200m bangunan. Sebaliknya, China dengan 200 bangunan pada 200 m tinggi, mempunyai kadar hampir 7 juta penduduk untuk setiap 200 m  bangunan.


Menjelang 2020, kita akan dapat melihat 8 buah bangunan yang lebih dari 600 m tinggi yang diklasifikasikan sebagai megatall akan siap dibina, dibatasi antara Menara Jam Mekah dan bangunan melepasi awan Kingdom Tower Jeddah!

Fenomena ini telah dimaklumkan oleh Rasulullah dalam beberapa hadis yang lain antaranya;

 Tidak ada [hari] pengadilan hingga gedung-gedung yang sangat tinggi dibangunkan - [Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a.]

 As-sa’ah [Hari Kiamat] tidak akan tiba; hingga manusia berlumba-lumba membuat bangunan yang tinggi - [H.R. Bukhari]

Rujukan;
  1. Hadis 40 - Dewan Pustaka Fajar
  2. http://gulfnews.com/business/construction/up-up-they-go-and-they-keep-going-1.988737
  3. http://www.ctbuh.org/TallBuildings/HeightStatistics/BuildingsinNumbers/TheTallest20in2020/tabid/2926/language/en-US/Default.aspx

Belajar Quran