Thursday 29 December 2011

Keretapi Emas - Saud Nak Tunjuk Kepada Siapa?


 Akhbar theguardian melapurkan bahawa Raja Abdullah pemerintah Saudi Arabia telah menempah keretapi peribadi berkelengkapan mewah yang akan membawa rombongan diraja antara dua bandar suci Mekah dan Madinah. Keretapi VIP mewah tersebut sedang dibina oleh konsortium Saudi-Sepanyol. Nampaknya kerajaan diraja saud mengambil kesempatan membeli keretapi peribadi tersebut dengan mengambil kesempatan projek keretapi laju yang kos keseluruhannya USD9.2B untuk kemudahan jemaah haji yang menghubungkan dua bandar suci tersebut dan Jeddah, pintu masuk jemaah haji.

Mengikut lapuran syarikat konsortium tersebut, rekabentuk diraja bagi gerabak VIP yang terdiri dari 13 gerabak  akan disadurkan emas.  seperti dilapurkan constructionweekonline.com  bahawa mereka telah diberi kontrak untuk menghiaskan gerabak kereta dengan sadur emas terutamanya dibahagian siling. Inilah yang sepatutnya umat Islam pertikaikan. Disaat ramai umat Islam di Sudan, Somalia, Palestin dan banyak lagi negara Islam kebuluran tetapi raja Saud menunjukan kemewahannya tanpa batas. Sudah pasti pembaziran ini akan menguntungkan kapitalis Yahudi yang sememangnya telah bertapak dan mempunyai kepentingan dalam projek pembangunan besar-besaran Arab Saudi.

Umat Islam menunggu apakah reaksi ulamak atas tindakan kerajaan diraja tersebut yang menunjukkan keangkuhan dengan kemewahan yang keterlaluan. Ulamak mereka dengan senang hati membenarkan pembangunan sesuka hati di tanah suci tersebut dengan menghapuskan semua tinggalan sejarah Rasulullah saw dan sahabat-sahabatnya tanpa bekas sedikitpun dengan alasan hapuskan kurafat dan bidaah. Alasan inilah digunakan sepenuhnya oleh penguasa Saudi bagi membolehkan kontraktor yang mempunyai hubungan dengannya mengaut keuntungan dengan pembangunan yang melampau. Dalam hukum fekah, sudu, garfu dan pinggan mangkuk yang bersadur emaspun haram digunakan bagi tujuan menunjuk-nunjuk apatah lagi dengan gerabak keretapi bersadur emas!

Rasulullah saw telah memberi amaran akan munculnya golongan Arab Badui yang suka menunjukkan kesombongan dan keangkuhannya yang pasti membawa bencana kepada seluruh umat Islam.

حدثنا يحيى بن يحيى قال قرأت على مالك عن أبي الزناد عن الأعرج عن أبي هريرة أن رسول الله صلى الله عليه و سلم قال رأس الكفر نحو الشرق والفخر والخيلاء في أهل الخيل والإبل الفدادين أهل الوبر والسكينة في أهل الغنم

Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Yahya yang berkata qara’tu ala [aku membacakan kepada] Malik dari Abi Zanad dari Al A’raj dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda “sumber kekafiran datang dari timur, kesombongan dan keangkuhan adalah milik orang-orang pengembala kuda dan unta Al Faddaadin Ahlul Wabar [arab badui] dan kelembutan ada pada pengembala kambing[Shahih Muslim 1/71 no 52]

Sejak berzaman dari bermulanya khalifah hinggalah kalifah Othmaniyyah terakhir mereka amatlah berhati-hati melakukan pembangunan di Mekah kerana menghormati Kaabah sebagai rumah Allah. Tercatat dalam sejarah bahawa pemerintah Othmaniyyah telah menetapkan undang-undang tidak dibenarkan sebarang bangunan yang melebihi ketinggian Kaabah. Begitu juga Sultan Abd Hamid terakhir telah meminta supaya keretapi yang akan dibina untuk laluan Mekah - Madinah pada masa itu supaya menggunakan enjin lebih senyap bagi mengelakkan gangguan di Kaabah. Begitulah hati-hatinya mereka kerana menghormati rumah Allah.

Atas kesedaran inilah kesemua khalifah yang mengawal Mekah dan Madinah menggunakan gelaran "Khadam Dua Tanah Suci" bukannya pemerintah. Ironisnya kerajaan Saud juga mengambil gelaran tersebut tetapi segala tindakan mereka tidak membayangkan gelaran "khadam" yang mereka pakai tetapi menunjukkan merekalah tuan kepada kaabah, mereka berhak melakukan apa saja yang disukainya dan menggunakan khazanah dari bumi suci itu untuk kepentingan kemewahan mereka sendiri. Tunggulah saatnya dimana Allah akan menunjukkan di hadapan rumahnya sendiri Baitullah siapakan tuannya yang sebenar!

Dari Sauban RA katanya, bersabda Rasulullah SAW, 
“Akan berbunuh-bunuhan dekat tempat simpanan Kaabah kamu tiga beradik. Semuanya adalah anak-anak kepada seorang (bekas) khalifah. Kemudian tidak seorang pun antara mereka yang dapat (harta itu atau menjadi khalifah). Kemudian muncullah Panji-panji Hitam dari sebelah Timur, lalu mereka akan membunuh kamu semua dengan satu pembunuhan (yang paling dahsyat) yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana kaum pun.” Kemudian baginda menyebutkan sesuatu yang saya tidak berapa ingat. Kemudian baginda bersabda, “Maka apabila kamu semua melihatnya, hendaklah kamu segera berbaiat kepadanya (Pemuda Bani Tamim itu) walaupun terpaksa merangkak di atas salji kerana di sisinya adalah Khalifah Allah, iaitu Imam Mahdi.” (Ibnu Majah)

Wednesday 28 December 2011

Tsunami Kecil Peringatan Dari Allah

Ombak Besar di Teluk Lipat - sumber: fatinbaharum.blogspot.com

Dalam artikel yang lalu petunjukzaman ada menyiarkan tentang Malaysia Mengundang Tsunami?  iaitu berkenaan langkah kerajaan menerima kemasukan Asahi syarikat minuman keras terbesar Jepun melalui pengambil alihan PERMANIS. Kita berdoa mudah-mudahan Allah menjauhkan kita dari bencana tersebut.  Tetapi Allah telah memberi amaran bahawa terjadinya bala bencana keatas manusia ialah akibat perbuatan manusia itu sendiri yang melanggar perintah Allah. Inilah yang berlaku kepada bandar Asahi di Jepun apabila Allah menenggelamkan bandar tersebut melalui kejadian tsunami dan gempa bumi. Rasulullah s.a.w telah memperingatkan perkara tersebut dalam hadis tersebut;

Daripada Abu Malik Al-Asy'ari r.a. bahawasanya ia mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Sesungguhnya ada sebahagian dari umat ku yang akan meminum thamar dan mereka menamanya dengan nama yang lain (mereka meminum) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah swt. akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa) dan Allah swt. akan merobah mereka menjadi kera atau babi".


Peristiwa tsunami kecil yang melanda beberapa kawasan di Terengganu dan Kelantan merupakan amaran dari Allah swt bagi menyedarkan kita tentang kekuasaannya. Kita boleh berdoa supaya dihindarkan dari bencana tersebut tetapi berdoa sahaja tidak mencukupi jika kita tidak mencegah kemungkaran yang sedang menjalar didalam negara ini. 


Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan). (Al-An'aam 6:44)


Berita lanjut;

Tuesday 27 December 2011

Tipudaya Halus Nasrani Di sebalik Ucapan Merry Chrisma


Saya ada terlihat rancangan RTM1 sempena sambutan Hari Krismas hari Ahad lepas. Kita tidak kisah kalau rancangan itu hanya melibat orang bukan Islam tetapi untuk menjadikan perayaan tersebut sebagai satu perayaan yang turut disertai oleh umat Islam perlu di beri penjelasan dari segi hukum hakam oleh majlis fatwa. Tetapi amat memeranjatkan yang mungkin tidak disedari oleh penonton apabila diakhir rancangan tersebut pengacaranya seorang muslim telah menghebohkan kepada semua tentang tawaran istimewa wine dan champagne sempena hari krismas! Adakah ini semangat baru 1Malaysia?

Mengucapkan Merry Christmas(Selamat Natal) atau ikut merayakannya (memperingati) itu HARAM hukumnya bagi kita umat Islam alasannya kerana itu merupakan penyelewengan aqidah kita sebagai umat Islam. 


Kenapa dikatakan penyelewengan aqidah, alasannya kerana dengan mengucapkan Merry Christmas berarti kita telah mengucapkan selamat atas lahirnya Tuhan Jesus. Lalu ada sebahagian umat Islam yang berkata kita tidak memperingati Christmas melainkan kita memperingati lahirnya nabi Isa ‘alaihissalam, pendapat yang kedua ini juga keliru kerana nabi ‘Isa ‘alaihissalam atau yang didsebut Jesus oleh umat nasrani tidak dilahirkan tanggal 25 Desember. Lalu siapa sebenarnya yang dilahirkan tanggal 25 Desember itu!

25 Disember sebenarnya upacara  menyembah dewa matahari!
Seperti yang dijelaskan oleh bekas birawati Indonesia Hjh Irene Handono, jarum halus kristianisasi bermula dengan ucapan hari natal. Semuanya yang melibatkan perayaan hari natal ini adalah tipudaya yang menyesatkan dan padahal sambutan itu sendiri hanya bermula pada abad ke-5!





Wednesday 21 December 2011

Senjata Laser Iran Tumpaskan Satelit Pengintip CIA



Sumber perisikan Eropah mendedahkan Iran telah berjaya merosakkan satelit pengintip CIA menggunakan teknologi lasernya sendiri. Ini amat mengejutkan barat tetapi peristiwa ini telah berlaku sekitar dua tahun lepas, dimana dilapurkan bahawa Iran berjaya membutakan satelit tersebut dengan pancaran laser yang tepat.



Berita ini timbul selepas Iran berjaya menggodam sistem kawalan pesawat drone tercanggih US pada awal bulan ini. Iran pertama kalinya umumkan pada 4 december lalu bahawa pasukan pertahanannya telah menjatuhkan pesawat tersebut melalui serangan siber yang sofistikated.

Seorang komander Pengawal Revolusi Islam mengatakan pesawat pengintip dilengkapi dengan sistem pengawasan yang termaju, komunikasi elektronik dan sistem radar telah terpedaya oleh perangkap tentera Iran. Pesawat itu berjaya ditawan tanpa mendatangkan kerosakan dan pihak Iran mengumumkan akan melakukan pembinaan semula komponen melalui reverse engineering, rekabentuk pesawat tersebut dikatakan sama dengan B-2 stealth bomber.

Monday 19 December 2011

Amaran 2012 Dalam Mastika

Saya mula menulis tentang peristiwa 2012 hasil dari kajian Ali Adams sekitar bulan Julai tahun ini, hampir lima bulan yang lepas. Tujuan penulis blog inipun adalah untuk berkongsi pendapat tentang petanda-petanda akhir zaman yang menjurus kepada bencana hari kiamat yang telah diberi amaran oleh Rasulullah s.a.w dan bencana-bencana hari kiamat yang telah dijelaskan di dalam Al-Quran. Banyak perkara yang saya temui dan saya rasa ingin berkongsi pandangan tersebut dengan umat Islam Melayu di alam siber ini. Bahan bacaan internet dalam bahasa Melayu amatlah kurang dan saya rasa terpanggil untuk menyumbang kearah tersebut di samping meluaskan pemikiran kita dari sejajar dengan perkembangan terbaru semasa.

Dalam pencarian tersebut banyak artikel-artikel kesemuanya dalam bahasa Inggeris dan bagi perkongsian ilmu saya berusaha menterjemahkan sekadar termampu dalam bahasa melayu. Antara artikel yang mendapat sambutan ialah tentang Amaran 2012 Dalam Ar-Rahman. Pagi tadi selepas membeli akhbar saya terpandang Mastika keluaran Januari 2012 ada menyiarkan artikel tersebut sebagai tajuk utamanya. Saya tidak kisah sangatlah artikel saya dipetik untuk disiarkan dilaman-laman blog kerana memanglah tujuan saya untuk berkongsi ilmu tetapi kalau untuk tujuan komersial setidak-tidaknya perlulah meminta izin dahulu atau setidak-tidaknya kredit terhadap blog petunjukzaman ini. Saya berhak meminta kredit tersebut kerana isu ini tidak pernah timbul dimana-manapun sebelum ini melainkan di blog ini. 

Inilah artikel yang dimaksudkan;


Friday 9 December 2011

Gerhana Bulan Penuh 15 Muharram 1423H



KUALA LUMPUR - Masjid Negara akan mengadakan solat sunat gerhana dan khutbah khas bersempena fenomena gerhana bulan penuh pada 10 Disember ini.

Penolong Pegawai Perhubungan Awam Unit Perhubungan Awam dan Pusat Sumber Masjid Negara, Azri Zainal Abidin berkata, program itu bermula pukul 7 malam hingga 10 malam.

Program ini akan diadakan di Dewan Solat Utama Masjid Negara,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Azri seterusnya berkata, orang ramai dijemput hadir ke program tersebut sebagai tanda kesyukuran dan menginsafi kejadian alam kurniaan Allah.

Menurutnya, maklumat lanjut mengenai program itu boleh didapati dengan melayari laman web rasmi Masjid Negara www.masjidnegara.gov.my. – mynewshub.my

Fasa ke Tiga Dajjal


DAJJAL AKAN MEMERINTAH DUNIA SELAMA 40 HARI

Peringkat Kemunculan Dajjal: "satu hari seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu dan selebihnya seperti hari-hari kamu sekarang".

Ingatlah dalam sebuah hadis yang paling penting bagaimana Baginda Nabi Muhammad SAW telah memberitahu bahawa apabila Dajjal dilepaskan di dunia, ia akan hidup di Bumi selama 40 hari.

Tanya kami; "Berapa lamakah Dajjal akan tinggal di bumi?", jawab Rasullullah:

"Selama empat puluh (40) hari, satu hari sama seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu dan selebihnya seperti hari-hari kamu sekarang".

Tanya kami; "Ya Rasullullah, ketika sehari seperti setahun, cukupkah kalau kami solat seperti solat sekarang ?", jawab Rasullullah; "Tidak" tetapi hitunglah bagaimana pantasnya. (HR Muslim)

40 hari ini diwakili oleh 4 fasa, iaitu;-

1 hari yang pertama seumpama setahun,
1 hari kedua seumpama sebulan,
1 hari ketiga seumpama seminggu,
Dan hari2 selebihnya (37 hari) seumpama hari2 kita...

...dan kini kita sudah pun memasuki fasa pemerintahan Dajjal yang disifatkan sebagai "1 hari ketiga bersamaan seminggu"..

Dalam buku Jerusalem in the Quran karya Imran Nazar Hosein http://www.imranhosein.org/books/37-jerusalem-in-the-quran.html,  beliau mengatakan fasa pemerintahan Dajjal yang disifatkan sebagai 1 hari bersamaan setahun ialah pada ketika British mengepalai tampuk pemerintahan dunia. Waktu itu British adalah penjajah terhandal sehingga berjaya menjajah Jerusalem. Negara kita ini adalah antara mangsa kehandalannya itu. Fasa 1 hari bersamaan sebulan ialah keadaan sekarang ini, di mana Amerika Syarikat menjadi pusat pemerintahan dunia menggantikan British. US Dollar dijadikan mata wang perdagangan utama dunia. Namun sekarang ini US Dollar sudah jelas kelihatan menghampiri ajalnya. US Dollar dah masuk hospital wad ICU. Amerika Syarikat sudah hampir lumpuh ekonominya. Dan tak lama lagi, kita akan masuk ke fasa 1 hari bersamaan seminggu, iaitu apabila Israel pula akan mengambil-alih sebagai pemerintah dunia daripada Amerika Syarikat.

Peralihan kuasa ini pasti melibatkan peperangan yang bakal mengorbankan berjuta-juta manusia. Inilah yang berlaku ketika berlakunya peralihan antara FASA 1 kepada FASA 2 dahulu. FASA 1 Dajjal adalah ketika berlakunya Perang Dunia 1 yang membolehkan penjajahan British di Palestin, dengan menjatuhkan khilafah Othmaniyyah dan perjanjian dengan Raja Saud. Begitu juga ketika peralihan FASA 2 yang menjadikan Uncle SAM (US) sebagai pemerintah dunia. Perang dunia 2 berlaku melibatkan NAZI Jerman , Jepun dan tentera-tentera berikat (US-UK). Akibatnya jutaan manusia terkorban dan kemenangan keatas tentera berikat yang dipimpin US. Seterusnya  US mengenakan cengkamannya ke atas dunia melalui penubuhan UNITED NATION yang mengesahkan penubuhan negara haram Israel di Palestin.

**Pendapat Sheikh Imran dalam bukunya 'Jerusalem in the Quran' berpandukan situasi kebangkitan di negara Arab, berkemungkinan peperangan ini akan terjadi kurang dari 30 tahun dari sekarang. Rujukan lain yang agak menarik menyatakan kemunculan Dajjal pada tahun 2033 (Allahu a'lam). Ini kerana Rasulullah SAW menyatakan kehidupan Dajjal semasa 3 peringkat pertama tidak seperti hari-hari kita, dan meminta (umat) menghitung harinya.

Apakah maksud ini? -Maksudnya, kita perlu membuat kiraan matematik dan menghitung untuk mendapatkan tarikh kemunculan Dajjal. Oleh itu, persoalannya ialah apakah jumlah hari selain hari kita? JAWAPANNYA, terkandung dalam surah al-Hajj:47

Dan mereka meminta kepadamu (wahai Muhammad) menyegerakan kedatangan azab, padahal Allah tidak sekali-kali akan memungkiri janjiNya; dan (katakanlah kepada mereka): sesungguhnya satu hari dari hari-hari azab di sisi Tuhanmu adalah menyamai seribu tahun dari yang kamu hitung.
(Al-Hajj 22:47)

Kini kita menemukan fakta dari sumber rujukan sahih iaitu al-Quran bahawa 1 hari bersamaan 1,000 tahun, dan fakta lain ialah terdapat 12 bulan atau 52 minggu di dalam setahun. Selainnya, tahun dikira mestilah mengikut tahun Hijrah dan bukan tahun Gregorian. Hanya Allah berkuasa menentukan kiraan masa dan bilangan tahun.

Dia lah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya, dan Dia lah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa... 
(Yunus 10:5)

Oleh itu, sedarlah semua. lihatlah dengan mata hati.. bahawa Dajjal telah muncul dalam kehidupan kita, akan tetapi kehidupan Dajjal yang kita huni sekarang tidak berada di dalam dimensi masa manusia di dunia. (contohnya: Malaikat wujud disekeliling kita, akan tetapi, malaikat berada dalam dimensi masa yang berbeza dengan manusia)

Huraian al-Quran & Hadis dalam mendefinisikan taarif dimensi masa manusia dan bukan manusia berbeza ialah:

Dajjal hidup selama 40 hari:

Peringkat Pertama: 1 hari = Setahun = setahun (Dajjal) bersama 1,000 tahun (dimensi masa manusia)
Peringkat Kedua: 1 hari = Sebulan = iaitu 1,000 tahun/12 bulan = 83 tahun (dimensi masa manusia)
Peringkat Ketiga: 1 hari = Seminggu = 1,000 tahun/52 (minggu) = 19 tahun (dimensi masa manusia)

Peringkat Keempat: 37 hari = hari dimana Dajjal berada dalam dimensi masa manusia.

Dari kiraan ini, kita mendapati kehidupan Dajjal selama 1,000 tahun pada peringkat pertama, 83 tahun pada peringkat kedua, dan 19 tahun pada peringkat ketiga. Teori kiraan mengikut tahun Hijrah menyatakan Yakjuj & Makjuj memecah tembok pada tahun 353 Hijrah (965 AD) (kaum Khazar mula aktif berdagang pada 850 AD).

Oleh itu: (fahamilah secara terperinci) 353 Hijrah + 1,000 tahun = 1353 Hijrah (Tahun 1935 AD) = Zaman Dajjal menguasai Europe (Britian) ;

1353 Hijrah + 83 tahun = 1436 Hijrah (Tahun 2014 AD) *Zaman Kita Huni Hari Ini. = Zaman Dajjal menguasai Amerika dan peralihan kepada Israel iaitu bermulanya Perang Dunia III *(saudaraku, kita berada diakhir peringkat kejatuhan Amerika sebelum peralihan kepada Israel) sedikit masa lama untuk berpindah ke peringkat ketiga.

1436 Hijrah + 19 tahun = 1455 Hijrah (2033 AD) = Zaman Dajjal menguasai Israel dan penderitaan Perang Dunia III yang berpanjangan = Kemunculan Imam Mahdi & Nabi Isa *peringkat dimana saintis Yahudi menyatakan bahawa Sea of Galilee akan kering dalam masa 50 tahun dari sekarang lebih kurang seperti pendapat Sheikh Imran yang menyatakan bahawa Sea of Galilee akan kering dalam masa kurang 40 tahun lagi)

**** INGAT! Walaubagaimanapun, kesemua kiraan tarikh sekadar teori dengan kebenaran tarikh sebenar yang BELUM PASTI terbukti. (Allahu a'lam) Kebenaran yang telah terbukti ialah tembok menyekat Yakjuj & Makjuj terbuka dan mereka meluru turun dari kuasa pemerintahan (al-Anbiyaa':95-96). Bukti jelas yang lainnya ialah tuhan yang mereka sembah adalah Lucifer (Iblis). Kebenaran lain yang terbukti ialah tembok tidak berupaya ditebuk dan dinyatakan ayat 97 surah al-Kahfi telah ditebuk dan berlubang semenjak zaman kehidupan Rasulullah saw. Wallahu'alam.


Rujukan lanjut;

Belajar Quran